Kejadian ini berlaku di sebuah Sekolah Menengah di Kedah Darul Aman, di dalam kawasan sekolah.
Kepada adik-adik yang masih dibangku sekolah, sedarlah bahawa ilmu di zaman sekolah sangat penting untuk menempatkan di mana anda selepas itu. Kecundang di zaman persekolahan, tidak bererti anda akan terus gagal selama-lamanya dalam hidup, tetapi perjalanan hidup anda akan lebih banyak onak dan durinya berbanding mereka yang hidup penuh azam dan kesungguhan sejak di bangku sekolah. "Usaha Tangga Kerjayaan".
Ingatlah, tiada niat lain dari seorang guru yang menjadi lilin dengan membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Anak murid yang diajarnya, mungkin akan jadi seorang peguam, arkitek, usahawan berjaya mahupun perdana menteri sedangkan dirinya sampai ke tua tetap masih seorang guru di sekolah. Hormatilah guru kerana dari situ datang keberkatan dalam ilmu.
Jika ingin anak-anak yang hebat, sejak dibangku sekolahlah kita perlu pupuk sifat yang baik untuk menghasilakn anak yang berkualiti di atas muka bumi ini. Jika perangai macam sampah. Renung-renungkan lah ya?.
Kepada anda guru disiplin yang dihormati, kami di Klik Aje bersimpati dan kami harap anda banyak-banyakkanlah bersabar kerana sesungguhnya ini salah satu cubaan yang benar-benar menguji kesabaran sebagai seorang guru. Teruskan berbakti demi anak bangsa tercinta.Sumber
No comments:
Post a Comment