Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini telah mencetus kemarahan umat Islam di negara tersebut apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.
Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek tersebut tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Bagi Semua Orang’.
Beberapa pemimpin Islam, ulama serta masyarakat muslim di negara tersebut telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat berkenaan yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’.
“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini ingin selamat, mereka perlu meminta maaf serta bertaubat segera.
“Allah melarang minuman beralkohol serta perbuatan ini tersebut adalah satu penghinaan kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.
Menurut fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara tersebut, kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ serta ia menjustifikasikan penggunaan kalimah tersebut pada pembalut botol vodka.
No comments:
Post a Comment