Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Saturday, 30 August 2014

Alirkan Darah Haid Ke atas Kalimah Allah, Betina Ni Mesti Dihukum!!!

Aku tak tahulah kalau kita boleh teransang tengok gambar betina Mesir spesis Al Sisi ni. Sekiranya gambar bogelnya tidak disensor, aku rasa tidak seorang pun yang sayangkan agama Islam akan berahi melihat tubuhnya itu.

Jangan ingat aku nak menggatal dengan memaparkan gambar betina ni. Boobs sebesar putik nyor tu bukan taste aku... Sori ler. Aku cuma nak paparkan betapa biadapnya betina ini terhadap Islam.

Meskipun dia memprotes ISIS namun yang meletakkan darah haid di atas kalimah Allah adalah keterlaluan.

Betina yang sekor lagi tu pula berak di atas bendera yang sama. Betul-betul di atas kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله Bagi aku ini adalah penghinaan terhadap Islam.

Aku harap ISIS atau Al Qaeda akan menghantar seseorang untuk menghukum betina ni. Nak buat macam mana terserah. Yang penting betina ni mesti dihukum. - Sumber

Monday, 23 June 2014

CFM - Larangan Kalimah Allah Hanya Untuk Herald???

Persekutuan Kristian Malaysia menegaskan bahawa masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah “Allah” kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald.

Pengerusi CFM Eu Hong Seng berkata, peguam negara sebelum ini sudahpun menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini hanya berkait dengan penggunaan kalimah “Allah” dalam akhbar tersebut.

"Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan Malaysia, kami menganggap beliau dan kerajaan Malaysia berpegang pada pendirian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya CFM menetapkan bahawa masyarakat Kristian masih berhak menggunakan kalimah “Allah” dalam naskhah Bible, perkhidmatan gereja dan perhimpunan Kristian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, seperti diamalkan sebelum ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam The Herald.

Sumber

Thursday, 6 March 2014

CT Kossim Vs Ratu Comango????




Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.



Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang bernaung di bawah ‘Seksualiti Merdeka’, salah satu Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Selanjutnya baca [SINI].

Wednesday, 8 January 2014

Kenapa Masih Berlembut Dengan BANGSAT Ni????

Polis Selangor pada Selasa telah mengambil keterangan Pengarang majalah mingguan Katolik, 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Peguam Lawrence, Francis Pereira berkata anak guamnya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada pukul 3.30 petang dan selesai merakamkan keterangannya kira-kira pukul 5 petang Selasa.

"Kami dimaklumkan polis menyiasat perkara ini mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan berhubung kenyataannya kepada wartawan portal berita (The Malaysian Insider.com) Eileen Ng, minggu lalu," kata Pereira ketika dihubungi.

Paderi Lawrence dipetik oleh portal berita itu pada 27 Dis lepas sebagai berkata bahawa semua gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

PT
Kalau setakat ambik keterangan, lepas tu bebas, tiada keperluan pendakwaan ke atasnya konon...Tengok yang kena tangkap perhimpunan "Turun" baru ni, apa dah jadi?? dibebaskan dengan alasan "tiada keperluan pendakwaan" !!!

Thursday, 17 October 2013

Giliran 'Ostad' PKR Chuak Jui Meng Dihentam Ulama Pas !!!!


Tindakan pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng yang menerbitkan potongan ayat al-Quran dalam tulisannya di Twitter untuk mengulas berhubung keputusan mahkamah mengenai kes penggunaan kalimah menerima kecaman ahli politik Melayu dan Islam termasuk PAS.


Setiausaha Dewan Ulama PAS Nik Zawawi Salleh dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini berkata, tafsir ayat al-Quran itu tidak harus digunakan sewenang-wenangnya tanpa merujuk golongan ulama.

“Penggunaan ayat atau tafsir al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam ataupun bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir al-Quran sekiranya tidak arif bahagian itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Dalam tulisan di Twitter itu, Chua mempersoalkan sekiranya hakim Mahkamah Rayuan terlepas pandang potongan ayat dalam surah Al-Ankabut dan Al-Imran berhubung isu kalimah Allah itu.

Beliau menulis bahawa ayat 65 Surah Ali Imran itu menyebut bahawa: “Katalah hai ahli kitab marilah (berpegang) kepada 1 kalimat... bahawa tidak kita sembah kecuali Allah'.

Beliau juga menerbitkan semula tafsir Surah Al-Ankabut ayat 46 dalam bahasa Inggeris: 'we believe in the revelation...(to people of the Book) our God (Allah) & your God (Allah) is One & to Him we submit'.

Turut mengecam tindakan itu ialah naib presiden NGO pro-Melayu PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin yang berkata Chua sepatutnya membaca semula keseluruhan ayat berkenaan untuk mendapatkan maksud sebenar.

Zulkifli juga mendakwa, ayat berkenaan membawa maksud yang berbeza kerana ia sebenarnya “menempelak orang Kristian”.

“Saya ingin ingatkan Chua Jui Meng supaya membaca kesemua ayat dalam Surah (Ali)-Imran bermula ayat 64 hingga 77, bukannya baca separuh sahaja.

'Al-Quran bukan seperti buku Doraemon yang boleh dibaca sesuka hati. Al-Quran perlu dibaca dengan tertib, sebenarnya dalam surah Al-Imran yang dibaca Jui Meng itu menempelak orang Kristian,” katanya.

Pemimpin Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pula dipetik sebagai berkata, beliau sedia bersemuka dengan Chua untuk menjelaskan maksud sebenar ayat yang dipetik oleh bekas menteri tersebut.

Wednesday, 28 August 2013

Isu Kalimah Allah!!! Pas Akur Jika Digunakan Oleh Bukan Islam???

Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor beberapa hari lepas dan telah mendakwa PAS bahawasanya sentiasa bertolenrasi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit termasuk isu berkenaan Kalimah Allah.

Sehubungan dengan itu,Pendekar merasa janggal melihat perangai Naib Presiden PAS ini bila beliau seakan akan mendabik dada kononnya isu sensitif itu telah pun selesai selepas pucuk pimpinan parti itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut sedangkan tuntutan agama lain ini masih tidak bernoktah kerana masih lagi berjalan dan akan ditentukan pada masa akan datang.

“Isu kalimah Allah umpamanya.Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas,kita selesaikan isu itu,” demikian katanya yang dipercayai merujuk pada keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang menolak kesepakatan PR untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu.


Ini dah macam kes tak sedar diri rasanya,masih terperuk dalam dunia halusinasi sendiri hingga lupa kebenaran realiti.Hakikatnya isu kesucian kalimah Allah S.W.T masih berliku ranjau penyelesaiannya malah kenyataan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 itu tidak pun mengubah pendirian PR yang telah bersepakat untuk membenarkan kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya.

Pokok pangkal isu ini ialah gereja Kristian yang didukung oleh DAP telah menuntut supaya kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu bagi menggantikan kata nama “God”.Dan PR bersetuju selaras dengan kesepakatan PR yang turut disertai oleh PAS.Bila sedemikian persetujuannya ia bermakna secara sedar atau tidak,pimpinan PR seperti mengiktiraf bahawa konsep ketuhanan Islam dan keesaan Allah S.W.T seolah-olah sama seperti konsep ketuhanan triniti dalam agama Kristian.

Hairan bila melihat dikalangan pimpinan PAS terutama sekali membabitkan golongan liberal yang berkiblatkan idelogi Anwarinas dalam AJK PAS Pusat pun masih ramai yang mengiakan tuntutan Kristian.


Sebagai tambahan Kebisuan pimpinan Pas berhubung dengan isu kalimah Allah memang sudah diduga dan bukan satu perkara yang pelik kata seorang pembaca laman AIDC tidak mahu namanya disiarkan.Menurutnya,Pas sebagai parti kompenan Pakatan Rakyat masih terikat dengan Tahaluf Siasi (perjanjian) 8 Januari 2013.

Pada 8 Januari 2013,ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum PKR, Lim Kit Siang,Penasihat dan DAP dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas mengadakan sidang media khas untuk menentukan sikap mereka terhadap isu berkaitan dengan kalimah Allah.Abdul Hadi yang ditugaskan membaca keputusan itu menegaskan partinya masih berpegang dengan keputusan 4 Januari 2010 iaitu bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian.


“Walaupun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza dengan pendirian Presiden Pas pada 13 Januari 2013,namun keputusan itu hanya terpakai di kalangan ahli parti sahaja dan tidak terpakai terhadap Pakatan. Manakala keputusan rasmi parti Pas adalah keputusan yang dibacakan Abdul Hadi pada 8 Januari yang tidak pernah ditarik balik hingga ke hari ini.

Maknanya Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian dan tunduk dengan suara Kristian dari PKR dan DAP,” rumus pembaca.Pakatan membuat keputusan rasmi 8 Januari disebabkan desakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang mahu Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu. Guan Eng membuat tuntan itu pada 24 Disember 2012 bersempena dengan perutusan menyambut Krismas.

Sumber

Tuesday, 15 January 2013

[VIDEO] HARON DIN - KUFUR JIKA MENYOKONG #KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM !!! @KHALID SAMAD



Walaupun agak terlewat untuk menyedari hakikat ini kerana terlalu mengikut rentak politik songsang dalam pakatan mereka, keputusan terbaru oleh Majlis Syura PAS
mengenai isu KALIMAH ALLAH boleh dianggap satu kisah 'pulang ke pangkal jalan' yang sungguh dramatik.

Penjelasan Dr. Haron Din & Mufti Johor Datuk Nooh Gadot boleh dianggap benar tanpa sebarang prejudis... KUFUR SIAPA YANG MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM!! - Sumber




Jika diukur dari ilmu Profesor Dato Dr Harun Din dan 'Profesor' Hj Hadi dan 'Profesor' Nik Aziz. Dato Harun Din tinggi ilmunya. Beliau pandang dari berbagai sudut dan tolak kepentingan politik. Berbeza dgn Hj Hadi & Nik Aziz mereka pandang satu sudut sahaja dan cenderung berkepentingan politik.

Friday, 11 January 2013

GUANG ENG BERJAYA MAINKAN HJ HAA DIII...

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentunya sedang tersenyum lebar tika ini, memandangkan tuntutannya supaya kalimah Allah s.w.t digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu akhirnya sekali lagi dipersetujui oleh PAS sekaligus kini menjadi polisi muktamad PR.

Kira-kira dua minggu lepas segelintir pemimpin PAS yang berlatarbelakang agama terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Haron Taib telah tampil penuh yakin dan tegas membantah tuntutan tersebut.

Kedua-dua senada bahawa kalimah suci Allah s.w.t hanya terhad kepada agama Islam dan umatnya serta tidak sepatutnya diseleweng kesuciannya, sebaliknya perkataan Tuhan lebih sepadan bagi menggantikan kata nama 'God' untuk kegunaan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pandangan mereka betul kerana Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa, yakni satu-satunya yang wajib disembah dan tidak layak dipersekutukan apatah lagi untuk disamatarafkan dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian yang bersifat trinity - Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

Amat benar Allah s.w.t adalah Tuhan kepada seluruh manusia, pencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya, itu iktikad kepercayaan umat Islam. Namun Allah s.w.t bukannya Jesus, bukan juga Tuhan Bapa dan bukan juga Roh Kudus sebagaimana difahami oleh penganut Kristian.

Dalam hal ini, pemimpin Kristian dalam DAP, PKR atau mana-mana penganut Kristian di Malaysia tidak berhak untuk meletakkan kedudukan dan kebesaran Allah s.w.t setaraf dengan konsep ketuhanan triniti kepercayaan mereka.

Namun begitu, seperti mana semua kita telah maklum, pandangan kedua-dua pemimpin PAS itu akhirnya tidak pun memberi nilai tambah yang mampu mempengaruhi pendirian bersama PR.

Dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR yang terkini telahpun di ambil keputusan muktamad untuk memperakui kalimah Allah s.w.t sewajarnya dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ternyata gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t dan maruah agama Islam. Satu kesinambungan bukti yang menonjolkan betapa lemahnya PAS dalam menghadapi pengaruh DAP serta PKR dalam gabungan parti tidak berdaftar itu.

Dasar PAS sekarang ternampak jelas lebih mengutamakan polisi liberalisme dan pluralisme yang dianuti PR semata-mata untuk memenangi undi masyarakat Kristian yang sebahagian besarnya tegar menyokong DAP dan PKR.

Persoalan sekarang kenapa dan mengapa PAS sebegitu lemah sehinggakan tergamak tunduk mengikut segala tuntutan DAP serta begitu kelu bila berdepan dengan kemahuan penganut agama lain?

Jawapan kepada persoalan itu tidak sukar untuk dikupas. Sebahagian puncanya bersangkut paut dengan pengaruh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kuat mencengkam PAS ditambah lagi dengan kewujudan ramai pimpinan generasi baru PAS yang serba liberal bertuhankan ideologi Anwarinas.

Dengan penguasaan total oleh golongan Anwarinas dalam kepimpinan PAS menjadikan parti itu bertindak seakan sayap kanan untuk PKR bagi mencapai agenda peribadi Anwar yang begitu kemaruk mahu mengejar puncak kuasa yang lama diidam-idamkan.

Rata-rata pemimpin pro Anwarinas percaya percaturan politik Anwar dalam isu ini pastinya bakal memberi pulangan besar dalam bentuk sokongan pengundi bukan Islam kepada PR khususnya melibatkan penganut agama Kristian, serentak dengan itu diyakini berupaya membuka laluan kuasa ke Putrajaya.

Suka atau tidak, para penyokong tradisi PAS mahupun mereka yang bersimpati dengan perjuangan parti berlabel Islam itu harus, sudah tiada peluang untuk PAS kembali ke landasan asalnya selagi PAS terus terperangkap dalam keindahan angan-angan yang dipropagandakan oleh Anwar dan PKR.
Sumber.

Wednesday, 9 January 2013

ISU KALIMAH ALLAH - APA KATA DR MAZA ???




Apa yang tidak terlintas di fikiran kita tetapi Dr Asri mampu menterjemahkan dan mempermudahkannya isu kalimah Allah dengan sebaris ayat. Ayat mudah dan senang untuk difahami bagi memudahkan pemahaman masyarakat. Juga cara bijak pandai menjawab!
!

lagunegeri
Contoh perkataan Allah dalam lirik lagu untuk negeri Selangor dan Kedah. Negeri-negeri lain juga menggunakan perkataan Allah dalam lirik lagu negeri masing-masing. Kita nak buat lagu lain ke?? Entahlah ! - sumber


Wednesday, 2 January 2013

[VIDEO] UFB PERJELAS KENAPA PERLU SANGGAH KEGILAAN LGE ???



Di Malaysia, Umat Islam di kejutkan dengan tuntutan Lim Guan Eng semasa berucap pada perayaan Hari Natal yang lalu di Pulau Pinang apabila menuntut agar penggunaan kalimah Allah di benarkan guna pakai di dalam Bible.

Sebagai pencacai dalam Pakatan Haram, PAS yang mengaku memperjuangkan Islam di lihat menganggap perkara ini hanya isu kecil berbanding keuntungan politik sekiranya mereka masih berterusan menjadi penjilat DAP.




Dalam kenyataan terbaru pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham melalui akaun twitternya telah menyatakan bahawa parti PAS telah membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam di dalam Bible.

SETERUSNYA [KLIK]


Friday, 5 October 2012

FOTO !!! LAGI PERANGAI SIAL KAFIR LAKNATULLAH HINA ISLAM !!!


Para penghina Islam ini sengaja membuat provokasi, mungkin mereka tahu umat Islam tidak akan berbuat apa-apa. Mereka tahu negara Islam tidak pernah bersatu, dan banyak berkiblat kepada kuasa besar dunia.

Pendek kata sudah macam-macam penghinaan terhadap agama Islam dilakukan, bukan secara tersembunyi, sebaliknya terang-terangan.



Para penghina Islam ini sengaja membuat provokasi, mungkin mereka tahu umat Islam tidak akan berbuat apa-apa. Mereka tahu negara Islam tidak pernah bersatu, dan banyak berkiblat kepada kuasa besar dunia.


Mereka tahu sesama negara Islam – termasuk sesama Islam di Malaysia! – sering bercakaran, malah sering serang-menyerang dalam peperangan. Mereka tahu banyak negara Islam yang miskin dengan rakyat hidup melarat. Sebab itu orang kafir berani kurang ajar dan membuat provokasi berterusan.

Selagi Islam tidak bersatu, penghinaan terhadap agama itu akan berterusan. Apakah kita masih tidak insaf?

Sunday, 23 September 2012

LAGI PENGHINAAN PADA KALIMAH ALLAH - TERTERA KALIMAH 'ALLAH' PADA BOTOL VODKA !!!




Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini telah mencetus kemarahan umat Islam di negara tersebut apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.

Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek tersebut tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Bagi Semua Orang’.

Beberapa pemimpin Islam, ulama serta masyarakat muslim di negara tersebut telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat berkenaan yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’.


“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini ingin selamat, mereka perlu meminta maaf serta bertaubat segera.

“Allah melarang minuman beralkohol serta perbuatan ini tersebut adalah satu penghinaan kepadaNya,” 
kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.

Menurut fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara tersebut, kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ serta ia menjustifikasikan penggunaan kalimah tersebut pada pembalut botol vodka.

Tuesday, 17 July 2012

KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH AGAMA KRISTIAN !!!




Keterangan : Gambar ini diambil di Medan Indonesia...apabila kalimah Allah dibenarkan diguna oleh agama Kristian bayangkan jika tiada simbol salib, umat islam akan mudah terkeliru....sebab ayat tersebut adalah dipetik dari Kitab Injil...Alhamdulillah kerana kerajaan Malaysia sedia ada mengharamkan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain...

Isu kalimah Allah pernah hangat di negara kita sebelum ini. Ia diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat termasuk PAS walaupun dibantah sebahagian besar golongan Ulama di negara kita.Lihat selanjutnya di Blog Panglima Perang Cyber

terima kasih kepada  yang memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahayanya MENJUAL kalimah Allah kepada golongan bukan Islam.Kita tidak boleh kompromi soal ini!

Sumber : BlogBraderJai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive