Nasrudin memberitahu semasa memorandum ingin diserahkan oleh wakil dari Pas, PKR dan wakil badan bukan kerajaan, tiada seorang pun wakil kedutaan yang mahu menerima memorandum itu.
“Kami kesal kerana hanya ketua pengawal keselamatan yang dihantar oleh pihak kedutaan untuk menerima memorandum.
“Kita harap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan,” kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang.
Dia juga berkata sepatutnya kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini.
Katanya lagi, umat Islam negara ini kecewa dengan tindakan kerajaan As yang jelas membuktikan sikap yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims.
“Ini merupakan satu provokasi yang melampau yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.Kami umat Islam sendiri tidak pernah menghina agama lain,” katanya.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua dan Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid adalah antara lima wakil yang bersama-sama dalam penyerahan memorandum ialah
Peserta perhimpunan mula bersurai pada pukul 3.20 petang.
No comments:
Post a Comment