Showing posts with label Nasaruddin Hassan. Show all posts
Showing posts with label Nasaruddin Hassan. Show all posts

Monday, 15 October 2012

BUKTI PAS DI BELAKANG HOSLAN IMAM BALING SELIPAR ???



KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan hari ini meluangkan masa menziarahi Imam Hoslan di kediamannya di PPR Cochrane, di sini.

Nasruddin yang hadir bersama exconya, Zamri As'ad Khuzaimi turut menyampaikan sumbangan khas dari Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Hoslan sekeluarga.

Hoslan dibebaskan khamis lalu iaitu lebih awal dari tempoh setahun hukuman penjara atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakannya membaling selipar kepada panel hakim.

Beliau kini menjalani perintah parol selama sebulan dan sedang dalam pemantauan pihak berkuasa.

Sewaktu ketibaan rombongan pemuda PAS, Hoslan tidak dapat menahan sebak lalu terus bersalaman dan memeluk erat Nasrudin.

Beliau juag turut melahirkan rasa gembira dan terharu dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS itu.

Beliau menganggap ujian dan cabaran yang beliau lalui sebelum ini sebagai satu hikmah dalam kehidupan beliau dan bertekad akan terus berjuang untuk Islam selepas ini.

Turut bersama meraikan pembebasan beliau petang tadi adalah AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan.

Saturday, 22 September 2012

HANYA PAK GUARD YANG TERIMA MEMORANDUM - KETUA PEMUDA PAS


KUALA LUMPUR – Nasrudin Hassan yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas,kesal dengan layanan buruk yang diberikan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS). Ini kerana memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims hanya diterima oleh ketua pengawal keselamatan kedutaan itu.

Nasrudin memberitahu semasa memorandum ingin diserahkan oleh wakil dari Pas, PKR dan wakil badan bukan kerajaan, tiada seorang pun wakil kedutaan yang mahu menerima memorandum itu.


“Kami kesal kerana hanya ketua pengawal keselamatan yang dihantar oleh pihak kedutaan untuk menerima memorandum.

“Kita harap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan,” kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang.


Dia juga berkata sepatutnya kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini.

Katanya lagi, umat Islam negara ini kecewa dengan tindakan kerajaan As yang jelas membuktikan sikap yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims.


“Ini merupakan satu provokasi yang melampau yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.Kami umat Islam sendiri tidak pernah menghina agama lain,” katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua dan Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid adalah antara lima wakil yang bersama-sama dalam penyerahan memorandum ialah

Peserta perhimpunan mula bersurai pada pukul 3.20 petang.

Wednesday, 25 July 2012

TOLONG JANGAN DISEBAR FOTO FATHUL BARI DISOLEK - NASRUDDIN HASSAN



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.

"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.

Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.

Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.


Menurut Nasrudin, beliau bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.

"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.

Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.

"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.

Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.

Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.

"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.

"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.-sH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive