Saturday, 15 September 2012

IMBAS KEMBALI PROJEK AUTA KERAJAAN PAS KELANTAN 10.3 BILLION - RAKYAT DIBUTAKAN ???



Antara beberapa Projek Auta Kerajaan Pas selepas mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional pada 1990.

Jumlah pelaburan itu dianggarkan bernilai RM10.3 bilion yang berupaya menyediakan sebanyak 21,054 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.



Kilang simen di Gua Musang oleh Hongkew Holding Sdn Bhd melibaktkan kos RM150 juta,

Kilang simen oleh Ranhill Corporation juga di Gua Musang (RM700 juta).

Projek agro tourism Pergau (RM250 juta),

Bandar baru Pengkalan Kubur (RM1 bilion),

Projek pelancongan di Danau Tok Uban (RM350 juta),

Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas (RM885 juta).

Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian (RM328 juta),

Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok (RM2 bilion),

Pelabuhan di Tumpat (RM360 juta),

Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang (1.5 bilion)

Projek pembinaan infrastruktur sesalor perkongsiam (RM324 juta).


Seorang YB Pas masa pada masa itu menyatakan semasa Perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri kelantan.

"Peluang pekerjaan penduduk tempatan dalam perniagaan dan perusahaan pastinya akan bertambah. Keadaan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran," katanya.
Tahap kemajuan projek itu sekarang adalah di peringkat mengemukakan permohonan kepada pihak pentadbir tanah untuk memproses permohonan mengambil balik tanah bagi komponen yang dikategorikan sebagai kemudahan awam.

Sampai sekarang setelah 22 tahun berlalu apa yang Kerajaan Pas Kelantan buat kepada segala projek yang telah mereka bentangkan di DUN Kelantan? Mana peluang pekerjaan yang mereka janjikan ??? Janji tinggal janji dan Pas hanya pandai mencipta senarai projek tapi tidak reti untuk menyiapkan. Tapi apa boleh buat rakyat Kelantan terutama penganut Pas masih lagi hanyut dengan segala janji yang ditaburi oleh Mursyidul mereka.

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive