Sunday, 16 September 2012

FOTO SEPARUH BOGEL KATE MIDDLETON TERSEBAR !!!

Ketika rakyat Malaysiabegitu teruja serta sibuk dengan kehadiran Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia, lain pula ceritanya di Eropah.


Keadaan di sana kecoh apabila berita tersebarnya gambar separuh tak berpakaian isteri Putera William sewaktu pasangan diraja itu bercuti di selatan Perancis awal bulan ini.

Sebuah majalah bertajuk Closer di Perancis didakwa telah menceroboh ruang privasi Putera William dan Kate sewaktu mereka sedang berehat di sebuah rumah di negara tersebut.

Seorang jurufoto majalah tersebut telah secara rahsia menangkap gambar Kate yang ketika itu hanya memakai ‘bra’ dan seluar dalam sahaja.

Turut didedahkan adalah sekeping gambar ketika Putera William sedang menyapu losyen di belakang badan isterinya itu.

Walaupun berada di Malaysia pada waktu ini, Putera William ternyata berang dengan tindakan paparazi di Perancis yang begitu berani memalukan dia dan isterinya.

Menurut jurucakap pegawai Istana St James, mereka yang sedang mempertimbangkan bagi mengambil tindakan terhadap syarikat majalah tersebut termasuk jurufoto berkenaan.

“Pasangan diraja berkenaan amat sedih dan marah kerana satu penerbitan Perancis dan seorang jurugambar menceroboh privasi mereka secara melampau dan tanpa sebarang justifikasi.

“Insiden itu mengimbau kembali perbuatan melampau media cetak dan jurugambar paparazi semasa Diana masih hidup,” kata jurucakap Istana St James yang dipetik dari laman Berita Luar Negara, semalam.

Hari ini, menurut laporan media, keluarga diraja tersebut termasuk Putera William dan Kate telah bersetuju bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah Closer serta editornya.

Pihak syarikat Closer bakal disaman oleh pasangan diraja itu.

“Tindakan prosiding mahkamah bagi menyaman telah pun dibuat di Perancis hari ini,” kata jurucakap Istana St. James.

Bagaimanapun, editor majalah Closer tetap dengan pendirian itu mengatakan pendedahan gambar tersebut hanyalah bagi hiburan dan bukan menjatuhkan maruah atau nama Kate.

Penyiaran gambar kontroversi itu merupakan cabaran getir pertama yang dicetuskan oleh media cetak terhadap pasangan diraja berkenaan setelah mendiang Diana mati dalam satu kemalangan kereta di Paris ketika beliau dikejar beberapa paparazi.

Sebelum ini, satu lagi kontroversi melibatkan keluarga diraja itu apabila gambar adik kepada Putera William, Putera Harry yang sedang tak berpakaian dengan seorang perempuan didedahkan oleh satu akhbar di luar negara kepada umum.

Putera Harry tak berpakaian dengan seorang wanita berkenaan semasa mereka berada di dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive