Monday, 17 September 2012

RM2 JUTA BANTU 200 NELAYAN MISKIN DI KELANTAN - LKIM


BACHOK – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membantu 200 nelayan miskin di negeri ini supaya dapat keluar daripada garis kemiskinan tegar, tahun ini.

Pengarahnya, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim berkata mereka terdiri daripada nelayan tradisional dari Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Bantuan itu merupakan peralatan seperti bot dan enjin dan motosikal beroda tiga,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis penyampaian sebahagian bantuan itu di Pangkalan Petah di sini, pada Isnin.

Seramai 36 nelayan Bachok menerima bantuan pertama itu yang berupa alat penangkapan ikan, seperti bot dan enjin yang membabitkan peruntukan RM250,000.

Katanya mereka dipilih daripada senarai E-Kasih yang didaftarkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebelum ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive