Friday, 21 September 2012

PERKEMBANGAN SEMASA HIMPUNAN AMAN DI KEDUTAAN AS - PROTES FILEM HINA ISLAM


Suasana di luar Masjid Kampung Baru, tempat Pemuda Umno 

menganjurkan Himpunan Aman.

Perkembangan semasa menjelang Himpunan Aman di lokasi berbeza di ibu negara iaitu pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Masjid Kampung Baru:

2.30 petang: Khairy berkata, Pemuda tidak bermusuh dengan Kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat, tetapi mahu mereka hormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Semua pemimpin Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno sudah selesai berucap.



Sebahagian peserta Himpunan Aman anjuran Pemuda Pas berhimpun 
di kawasan Menara Tabung Haji. 

2.25 petang: Dianggarkan 3,000 orang hadir pada Himpunan Aman di kawasan Masjud Kampung Baru.

2.25 petang: Khairy juga kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang mengutuk umat Islam yang menegakkan keadilan bagi agama mereka.

2.20 petang: Khairy berkata, tujuan perhimpunan yang diadakan hari ini adalah untuk mengecam filem dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

2.10 petang: Ketua Putera Umno, Datuk Azeez Rahim memberi ucapan - menegaskan Kelab Putera 1Malaysia bersama rakyat Malaysia mengkritik penerbitan filem. Beliau bagi tujuh hari kepada Datuk Ngeh Koo Ham letak jawatan, dan jika tidak bermakna DAP menyokong tindakannya.

Peserta menurunkan tandatangan pada kain rentang

2.00 petang: Datuk Ibrahim Ali berkata Perkasa sampaikan tahniah kepada Khairy atas penganjuran Himpunan Aman hari ini.

2.00 petang: Exco Pemuda Umno, Lokman Adam memulakan ucapan di Masjid Kampung Baru

1.55 petang: Polis mengeluarkan arahan media hanya dibenar berada di satu kawasan, di depan Kedutaan AS bagi menjamin keselamatan semasa himpunan.

1.45 petang: Datuk Hasan turut mengecam beberapa pemimpin dunia bukan beragama Islam dan beberapa NGO yang menyokong penyiaran filem mengutuk Islam dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW

1.40 petang: Mursyidul Am Tibai, Zahid Md Arip turut berucap dan mempertikaikan pemimpin DAP yang mengecam tindakan umat Islam berhimpun hari ini.

1.40 petang: Anggota polis mula berkumpul dan menutup jalan bagi laluan kenderaan di hadapan Kedutaan AS.

Anggota polis mengawal lalu lintas

1.35 petang: Kumpulan media juga kelihatan sudah tiba di kawasan pekarangan Masjid di mana demonstrasi akan berlangsung sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Peserta demonstrasi kelihatan tenang.

1.30 petang: Dianggarkan lebih 1,000 orang peserta demonstrasi berada di Masjid Tabung Haji. Unit Amal Pas turut hadir

1.30 tengah hari: Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

1.14 tengah hari: Sekarang peserta perhimpunan menurunkan tandatangan pada kain rentang bantahan yang dipasang di pekarangan Masjid Kampung Baru.

1.15 tengh hari: Ketibaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan timbalannya Datuk Razali Ibrahim.

1.10 tengah hari: Kawasan pekarangan Masjid Kampung Baru sesak dengan jemaah dan peserta perhimpunan yang ingin menunaikan solat Jumaat

1 tengah hari: Kelihatan Ketua Pemuda Umno negeri dan bahagian dari seluruh negara termasuk Exco Pemuda berada di pekarangan Masjid Kampung Baru

12.55 tengah hari: Duta AS dilihat keluar dari bangunan kedutaan.

12.45 tengah hari: Keadaan di pekarangan Kedutaan AS kelihatan tenang.

Perkarangan Masjid Kg Baru di banjiri pemberita dan 
penyokong UMNO

12.45 tengah hari: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Noordin turut hadir bagi menyertai Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno di Kampung Baru.

12 tengah hari: Orang mula membanjir Masjid Kampung Baru bagi menunaikan solat Jumaat.

11.30 pagi: Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru telah menutup laluan masuk ke masjid berkenaan bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat.

11 pagi: Peserta mula tiba di Masjid Kampung Baru secara berperingkat, ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu.

10 pagi: Keadaan di Masjid Kampung Baru seperti biasa dan peserta perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW masih belum tiba.


Anggota polis berkawal di hadapan masjid

10 pagi: Keadaan di kawasan Kedutaan AS seperti biasa dan kelihatan orang ramai menjalani urusan mereka walaupun kedutaan akan ditutup pada jam 11 pagi. Anggota polis juga telah ditempatkan di kawasan berkenaan.

Sumber

PT
Sedarlah wahai rakyat Malaysia yang beragama Islam, betapa Islam tidak lagi dihormati dan disanjungi. Kenapa sesama kita suka berpecah belah hanya kerana fahaman politik, kerana politik kita mengaibkan saudara kita.Juga kerana fahaman politik kita berpecah belah. Antara faktor utama yang menyebabkan Islam tidak di hormati dan di sanjungi adalah kerana umat Islam itu sendiri yang hanya pentingkan diri sendiri sehingga Islam menjadi lemah.Umat Islam tidak suka bersatu padu dan umat Islam sendiri tidak mengamalkan keindahan agama kita dengan sebenar2nya..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive