Lelongan diadakan pada majlis makan malam perdana PR di sini malam tadi.
Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Anwar, Ketua Pembangkang, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditulis beliau dari penjara.
Ia dibeli dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, pemimpin dari Sabah yang bulan lalu meninggalkan Umno dan BN.
Ia diikuti oleh kartun dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000, lapor Harakahdaily.
Pen yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ketika dalam penjara, dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.
Gambar santai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Selangor, Sri Jalaraman.
Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden Pas, berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000) dan tongkat Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).
Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja.
"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli.
PT
Main wayang, sampai lelong macam2. Dapat RM 180 ribu, bayar duit minyak Jet RM 96 ribu, baki ada lah adalah seposen dua nak beli air mineral pun tak lepas.Konon miskin sangat, budak darjah satu pun tahu. Hasil Selangor, Penang, Kedah, emas di Kelantan. Nak orang simpati lah pulak, setiap kali ceramah tadah kopiah dan tin milo beg lagi, plastik lagi, bagi kat Rohingnya lagi bagus. Habis lah duit orang kampong, pusing cakap, Fi sabilillah dan jihad kononnya tapi bersama DAP dan Hindu PKR !!!
Kemeja biru? Wheel chair karpal singh? Private jet x nk lelong ke?!
ReplyDeleteSebagai mengkaburi Dana Yahudi. Pada PRU12 PR mampu letak poster tanpa had. Sama kemampuan dengan BN.
ReplyDeletePada PRU sebelumnya dan lain lain mereka mempunyai poster yang sedikit. Mana datang kekayaan secara tiba2?
Untuk berkata PRU ada 2 cara saja. Samada orang undi kerana keupayaan atau simpati.
Keupayaan tak ada maka mereka pilih simpati. Cara pengemis.
Publisiti. Mengapa tak kerah semua orang dermakan harta demi perjuangan LGBT, plurisma ugama PR?
ReplyDeleteMengapa nak tunjuk kezaliman pemimpin berlumba lumba membelanjakan wang untuk perkara yang tidak berfaedah?
Kalau janji PR adalah janji menipu adakah wang yang ditawarkan benar? Atau hanya lakunan kaburi mata rakyat dan media massa.
Duit Yahudi telan juga. Ni yang nak di tutup dari pengetahuan orang.
Yg pelik rakyat masih terus menyokong walaupun beribu janji yg mereka taburi k pernah mereka tepati....
ReplyDelete