Sunday 23 September 2012

CUKUP2LAH PAIRIN JADI WAKIL RAKYAT !!! BAGI PELUANG ORANG LAIN PULAK.....


KOTA KINABALU – Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi pilihan raya terakhir Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertanding sebagai wakil rakyat.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), memberi alasan keputusan dibuat memandangkan tugas sebagai wakil rakyat memenatkan.

“Pada pilihan raya seterusnya (PRU-14), saya tidak akan bertanding lagi. Jadi semua orang seharusnya gembira dengan keputusan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pendidikan Lalu Lintas Shell 2012 peringkat negeri di sini, hari ini.

Pairin, 72, yang merupakan Anggota Parlimen kawasan Keningau dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tambunan, berkecimpung secara aktif dalam bidang politik sejak 1975.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mempertahan dua kerusi Parlimen dan DUN tersebut, beliau menjawab secara berseloroh: “Begitulah tu!”

Dalam perkembangan lain, Pairin melahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas penyerahan watikah pelantikan di Putrajaya semalam kepada pengerusi dan anggota Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Suruhanjaya tersebut dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim, dan dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

“Ini jelas menunjukkan Perdana Menteri kita sangat mengambil berat tentang masalah kita dan kita akan mengikuti proses (siasatan) selama enam bulan akan datang ini,” kata Pairin. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive