Friday 28 September 2012

TOK GURU PAS DULU DAN KINI - SIRI 1


SOKONGAN rakyat terhadap Barisan Nasional tidak dapat lagi dibendung Pas yang kini dilihat semakin tertekan dengan pelbagai isu yang timbul. Barisan Nasional memberikan fokus kekuatan bagi menawan Kelantan yang di sifatkan negeri sepatutnya ditawan pada 2008.

Pas kini dilihat mula mendabik dada kerana terus berjaya mentadbir Kelantan lebih dua dekad tanpa menyedari setiap tindakan diperhatikan rakyat. Pas lupa dengan setiap manifesto yang dijanjikan kepada rakyat pada lima penggal pilihanraya umum bermula 1990 sehingga 2008 gagal disempurnakan dan itu menjadi salah satu kelemahan Pas yang mula dinilai rakyat yang inginkan perubahan.

Kebijaksanaan Pas menggunakan slogan Membangun Bersama Islam pada pilihan raya 1990 yang berasal dari tema Program PAS Kelantan menghadapi pilihan raya umum ke-8 itu berjaya memikat hati rakyat.

Program yang bertemakan membangun Bersama Islam sebenarnya adalah manifesto pilihan raya 1990 bagi PAS Kelantan yang membutirkan pelbagai tawaran kepada rakyat negeri Kelantan sekiranya PAS berjaya menguasai pentadbiran negeri.

Keputusan memilih manifesto itu adalah satu keputusan kepimpinan Pesuruhjaya Pas merangkap Ketua Ulama’ Pusat ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat.


PT mulai minggu ini akan mengetengahkan tentang Nik Aziz dan pemimpin PAS Kelantan yang sentiasa berubah pendirian,pegangan,malahan janji apabila berhadapan dengankemelut yang memang biasa dicetuskan oleh mereka sendiri sejak Pilihanraya 1990 hingga sekarang.
1- CAKAP KOSONG

DULU....
"Pas adalah sebuah Jama'ah Islam yang memperjuangkan,wujudnya sebuah pemerintahan Islam sebagaimana diwajibkan oleh Allah SWT."

(Manisfesto Pas Kelantan bertemakan "Program Pas Negeri Kelantan 1990 Perkara 1.1)

KINI...
"Sekadar nak buang slogan (penubuhan negara Islam) tidak ada apa.Kerana Rasulullah bukan saja buang slogan tapi dia buang perkataan 'Rasulullah' ini bukan slogan dalam agama Islam. Itu perkara asas pun dia sanggup potong. Ini (penubuhan negara Islam) cuma slogan saja."

(Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu,Kelantan pada 23 Jun 1999)

JADINYA...
Pas berbohong kepada rakyat Kelantan apabila mendakwa ingin menegakkan sebuah negara Islam berteraskan Perlembagaan Madinah di negara ini. Konsep negara Islam tidak disebut pun dalam Perlembagaan Pas.

Yang disebut hanya penubuhan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai-nilai hidup Islam. ini sudahpun dibuat oleh UMNO/BN. Jadi, hasrat Pas mahu menegakkan negara Islam ini cuma sandiwara dan mainan politik saja. 
Nik Aziz sendiri boleh dipakai bila mahu, dan dibuang jika perlu. Dia sanggup gugurkan soal pokok yang diperjuangkan Pas demi memenuhi kehendak Dap.

Lagipun, bagaimanakah Pas boleh memerintah Malaysia kalau tidak pernah meletak calon Parlimen lebih daripada 45 orang? Pas perlu menang sekurang-kurangnya 97 kerusi. Jadi di mana logiknya Pas mahu memerintah Malaysia???

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive