Showing posts with label IPT. Show all posts
Showing posts with label IPT. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

PRU13 - PELAJAR IPT BOLEH JADI CALON PARTI POLITIK

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bertanding bermula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kebenaran itu tanda kerajaan mengiktiraf fungsi dan sumbangan serta kematangan daya pemikiran segelintir mahasiswa di negara ini sekarang.

Ianya juga selari dengan langkah kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini yang membenarkan mahasiswa aktif dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.


“Pindaan ini menunjukkan kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemampuan dan keupayaan sesetengah mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.

“Kerajaan tidak pernah menutup minda mahasiswa, sebaliknya sentiasa memberi peluang untuk membuat penilaian dan pertimbangan.

“Justeru, kerajaan sedia membenarkan pemimpin pelajar yang memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini menjadi calon mana-mana parti politik pada PRU-13, itupun jika mereka mahu berbuat demikian dan dapat bukti mereka layak selepas pilihan raya,” katanya ketika perasmian Program Persijilan 1CITIZEN dan Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012, di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata ia tidak akan mengganggu keharmonian kampus sebagai entiti bebas politik kepartian dan kekal berkecuali.
Berikutan itu, Khaled berkata adalah menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk mempertahankan keharmonian kampus daripada pengaruh politik partisan.

“Persekitaran kampus yang berkecuali perlu dipelihara untuk melahirkan mahasiswa yang dapat memperluaskan dan meneroka daya pemikiran kritikal, membina minda dan keupayaan intelektual mereka sendiri, sekali gus menerapkan budaya kesarjanaan di kalangan mereka,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada mereka perlu berhenti belajar, beliau berkata pelajar yang bertanding dan menang boleh meneruskan pengajian tetapi tidak dibenarkan berpolitik atau berkempen di dalam kampus. 

Monday, 17 September 2012

KERANA VIIDEO PALSU GADIS IPT RELA LAKUKAN 'PEMERIKSAAN TUBUH'



KUALA LUMPUR: Angkara tuduhan palsu kononnya dia terbabit dalam klip video lucah, seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) merelakan tubuhnya diperiksa untuk dibandingkan dengan pelakon sebenar.

Malah, gadis berusia 20-an itu juga sanggup membuat ‘akujanji’ menafikan pembabitannya dengan sebarang adegan tidak bermoral bagi mematikan ‘niat kotor’ pihak tertentu yang cuba mengaitkan dia dengan aksi lucah dalam klip video berkenaan.

‘Pemeriksaan tubuh’ lebih setengah jam itu dilakukan pegawai penguat kuasa wanita Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini untuk membandingkan tubuh pelajar terbabit dengan pelakon yang dikaitkan dengannya dalam klip video berkenaan.

Hasil pemeriksaan terperinci itu, Jais mengesahkan pelakon wanita dalam klip video bukan pelajar itu.

Bagaimanapun, dua waris pelajar terbabit yang turut menerima klip video berkenaan membuat aduan kepada Jais kerana membabitkan maruah keluarga.Video klip satu minit itu yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit memaparkan pelakon wanitanya beraksi lucah oleh dua lelaki yang dipercayai disebarkan di IPT berkenaan dan melalui Internet.

Mereka turut mendakwa pelajar terbabit adalah pelakon wanita tanpa seurat benang dalam klip video berkenaan.

Dakwaan menjijikkan itu akhirnya sampai ke pengetahuan pengurusan IPT yang cuba mendapatkan pengesahan mangsa dengan bantuan Jais sebelum tindakan tegas diambil termasuk kemungkinan menyingkir mangsa jika terbukti bersalah.

Mangsa yang bengang dan malu dengan dakwaan itu mengakui pelakon wanita dalam klip video berkenaan mirip wajahnya, tetapi mendakwa dia tidak mengenali dua lelaki berkenaan.

Bagi mendapatkan kepastian, mangsa dirujuk kepada Jais untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Unit Tindakan Khas Jais, Shahrom Maarop, mengakui gadis berkenaan tampil untuk disoal siasat.

Bagi melengkapkan siasatan, katanya, tubuh mangsa turut diperiksa, termasuk mengukur saiz payu dara dan coli yang dipakai.

Pemeriksaan dilakukan beberapa anggota penguat kuasa wanita yang meminta kebenarannya membuka baju.

“Kami mendapati pelakon wanita dalam klip video itu bukan pelajar berkenaan. Malah, dia juga membuat ‘akujanji’ tidak pernah melakukan aksi lucah itu dengan teman lelaki,” katanya.

Beliau berkata, mangsa menafikan terbabit dalam penggambaran klip video itu walaupun mengakui pelakon wanita dalam klip video itu mirip wajahnya.

“Berdasarkan klip video berkenaan, memang pelakon wanita adegan lucah itu seakan-akan wajah gadis berkenaan.

“Siasatan kemudian dijalankan berdasarkan kemungkinan ada pihak cuba memalukan pelajar itu dengan menyebarkan klip video lucah kononnya mangsa turut beraksi,” katanya.

Beliau berkata, klip video itu memaparkan aksi seolah-olah pelakon wanita dirogol dua lelaki walaupun tidak menunjukkan sebarang penentangan terhadap tindakan terbabit.

Namun, berdasarkan siasatan, pelakon wanita bukan dirogol, tetapi merelakan dirinya diperlakukan sedemikian kedua-dua lelaki terbabit.

Menurutnya, Jais menjalankan siasatan apabila dua waris pelajar itu membuat laporan kononnya dia terbabit dalam aksi lucah seperti dipaparkan dalam klip video itu.

“Malah, apa yang mengejutkan, mereka mendakwa pelakon wanita adalah pelajar terbabit berdasarkan jam dan gelang yang dipakai sama dengan dimilikinya.

“Selepas diteliti, mangsa bagaimanapun tidak memiliki jam dan gelang terbabit. Kami akan memanggil waris mangsa berkenaan untuk disoal siasat mengenai dakwaan palsu dibuat,” katanya.

Justeru, Shahrom berkata, pihaknya akan memanggil dua waris mangsa yang membuat tuduhan berkenaan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Beliau berkata, mangsa juga membuat laporan polis berkaitan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu.

Saturday, 1 September 2012

CINTA PUNYA PASAL! SANGGUP KAHWIN PENAGIH DADAH


Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Lebih mengejutkanbila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang.....

“Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak,” katanya.

Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan.

Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan.

Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya.
“Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon.

“Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu,” katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya,
Dila berkata, biarpun tahu teman
lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah.

“Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya,” katanya.

Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek.

Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan.

Penemuan 10 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis methamphethamine dalam poket seluar suspek menguatkan dakwaan dia terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.
Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut selain turut menasihati golongan remaja agar lebih berhati-hati jika ada hubungan cinta dengan lelaki tidak dikenali untuk mengelakkan diri terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang.

Saturday, 25 August 2012

BAHANA KELAB TIADA DARA



KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi
merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Sumber: Harian Metro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive