Showing posts with label The Star. Show all posts
Showing posts with label The Star. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

Khalid Ibrahim Enggan Serah Jawatan - The Star


Akhbar The Star, milik MCA mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan enggan melepaskan jawatan MB untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid dikatakan akan menandatangani surat perletakan jawatannya yang telah disediakan oleh pimpinan PKR, tetapi mengelak untuk berbuat demikian.

Surat tersebut yang dipercayai bertarikh 23 Mac merupakan hasrat parti itu yang mahukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memegang jawatan tersebut.

Tarikh itu dipilih kerana tarikh pembuangan undi PRK DUN Kajang dan ianya turut mengambil kira andaian bahawa Anwar akan memenangi PRK tersebut.

Andaian tersebut juga mengambil kira bahawa Anwar akan menyertai Majlis Mesyuarat Negeri sebelum diangkat sebagai MB kemudiannya. Khalid yang merasakan dirinya dipermain dan telah memberitahu pihak istana bahawa beliau tidak akan meletakan jawatannya itu menurut laporan itu.

Khalid telah menerangkan situasi politik semasa negeri Selangor kepada Sultan pada perjumpaan mingguannya dengan Baginda pada Rabu lalu. Kata akhbar itu lagi, Khalid kini dalam keadaan ceria dan selalu tersenyum. - Sumber

Thursday, 25 October 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! BOS POLIS MAIN BINI KONSTABEL ???

Gambar Hiasan


Johor Bahru: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggotanya telah ditukar dari ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Menurut sumber, pegawai yang mempunyai pangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditukarkan sementara menanti tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya dari Bukit Aman, lapor mStar Online.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Ismail Yatim, mengesahkan kes berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

Sebelum ini, akhbar The Star pada 16 Oktober lalu, melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel membuat laporan polis di Melaka terhadap pegawai atasannya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut apabila beliau telah mengekori isterinya pada 13 Oktober lalu di sebuah resort di Ayer Keroh dan mangsa mengaku menemui pegawai polis tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan beliau tidur dengan lelaki berkenaan.

Konstabel itu kemudiannya membuat laporan polis di Johor BahRu beberapa bulan lalu terhadap pegawai polis yang sama atas alasan serupa.


Sumber

Sunday, 7 October 2012

SIAPA BOS PELITA NASI KANDAR ???





The Star 24/09/2012 pg 22, melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh performing temple ground breaking for construction.


Dengan tersebarnya laporan ini maka para pengemar dan pengunjung Restoran Pelita Nasi Kandar sudah mula sangsi akan kehalalannya.

Perlu pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status Restoran Pelita Nasi Kandar bagi menggelak rasa sangsi umat Islam yang berkunjung dimana-mana rangkaian Restoran Pelita Nasi Kandar.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive