Showing posts with label Mca. Show all posts
Showing posts with label Mca. Show all posts

Wednesday, 25 June 2014

Presiden MCA Menteri Penuh Kabinet Persekutuan!!!

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Wee Ka Siong masing-masing dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan sebagai menteri penuh. Turut dilantik sebagai menteri ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pelantikan baharu ini berkata, Liow akan memegang jawatan Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memangku jawatan itu selama lebih setahun.

Sementara Wee akan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan itu diumumkan Najib dalam sidang media khas di Putrajaya pada pukul 1.18 tengah hari Rabu.

Selain itu tiga Naib Presiden MCA turut diberi portfolio sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Chua Tee Yong (Kementerian Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Barisan anggota Kabinet baharu ini akan mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat ini. Pengumuman pertambahan jawatan menteri dan timbalan menteri itu dibuat berikutan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA Februari lalu yang meluluskan resolusi menerima semula jawatan dalam Kabinet selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Dalam perhimpunan agung 2011, MCA meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam PRU-13. Pelantikan Liow ke portfolionya itu dilihat sebagai menyambung tradisi apabila jawatan Menteri Pengangkutan diperuntukkan kepada MCA.  - Sumber

Saturday, 15 February 2014

Khalid Ibrahim Enggan Serah Jawatan - The Star


Akhbar The Star, milik MCA mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan enggan melepaskan jawatan MB untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid dikatakan akan menandatangani surat perletakan jawatannya yang telah disediakan oleh pimpinan PKR, tetapi mengelak untuk berbuat demikian.

Surat tersebut yang dipercayai bertarikh 23 Mac merupakan hasrat parti itu yang mahukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memegang jawatan tersebut.

Tarikh itu dipilih kerana tarikh pembuangan undi PRK DUN Kajang dan ianya turut mengambil kira andaian bahawa Anwar akan memenangi PRK tersebut.

Andaian tersebut juga mengambil kira bahawa Anwar akan menyertai Majlis Mesyuarat Negeri sebelum diangkat sebagai MB kemudiannya. Khalid yang merasakan dirinya dipermain dan telah memberitahu pihak istana bahawa beliau tidak akan meletakan jawatannya itu menurut laporan itu.

Khalid telah menerangkan situasi politik semasa negeri Selangor kepada Sultan pada perjumpaan mingguannya dengan Baginda pada Rabu lalu. Kata akhbar itu lagi, Khalid kini dalam keadaan ceria dan selalu tersenyum. - Sumber

Saturday, 15 June 2013

"Saya Tidak Akan Ingkari Arahan Sultan" - Tee Siew Kiong Exco Johor

JOHOR BAHRU:  Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong meletak semua jawatan dalam MCA, sebaliknya hanya mengekalkan keanggotaan seumur hidup beliau dalam parti itu.

Tee berkata beliau berbuat demikian bagi mengelak sesetengah anggota parti itu terus mengeksploitasi pelantikannya sebagai exco Johor.

"Saya kesal kerana sesetengah anggota parti menjadikan pelantikan saya sebagai isu dan pada masa sama, bukan sekadar menjadikan saya sebagai sasaran malah bertujuan memusnahkan perpaduan parti.

"Bagaimanapun, saya tidak akan sesekali meninggalkan parti kerana saya sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga besar ini untuk tempoh lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meletak jawatan sebagai setiausaha penganjur nasional, anggota majlis presiden, anggota jawatankuasa pusat, anggota jawatankuasa pemandu pilihan raya, anggota jawatankuasa perhubungan MCA negeri Johor, timbalan pengerusi jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA Johor dan pengerusi bahagian MCA Pontian.

Tee juga akan menghadiri pendengaran jawatankuasa disiplin MCA pada 17 Jun untuk menjelaskan penerimaan jawatan sebagai exco Johor. Sebagai anak Johor, katanya, beliau tidak boleh mengingkari arahan Sultan.

"Arahan Sultan menyebut bahawa mesti ada wakil daripada setiap kaum dalam anggota majlis kerajaan negeri, jadi saya diarah mewakili masyarakat Cina," katanya.

Tee juga berkata beliau sememangnya tidak pernah berhasrat menentang keputusan parti untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika MCA gagal mempamer prestasi lebih baik dalam pilihan raya ke-13 berbanding pada 2008.

Sumber

Tuesday, 7 May 2013

#PRU13 - Chinese Tsunami!!! Melayu Tertipu... Pas Ditipu Dap.. Umno Ditipu Mca???

Pedih ke tak pedih, memang itulah yang berlaku! TIDAK ADA CALON MCA yang bertanding di kawasan Cina pun yang menang kecuali di kawasan majoriti Melayu. PAS HILANG BANYAK KERUSI kerana persekongkolan dengan DAP, sedangkan DAP pula meraih banyak kerusi kerana berjaya kudakan PAS. PKR?

Tak payah sebutlah... itu parti unik yang serba gormal dan menjadi kesayangan rakyat Selangor! Sesiapa pun, termasuklah Perdana Menteri, Najib Abdul Razak tidak lagi dapat menafikan tentang CHINESE TSUNAMI yang teruk melanda PRU13.

Dan kali ini, barangkali barulah masing-masing sedar bahawa golongan muda yang kali pertama dan kedua mengundi, lebih memilih parti-parti dari Pakatan Rakyat terutama sekali DAP berbanding MCA dan UMNO sendiri.

Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga atau mengekalkan majoriti 2008 kerana faktor pengundi Cina. Itu tidak dapat disangkal lagi. Ini bukanlah kenyataan RASIS tetapi itulah hakikatnya.

Selepas ini, berapa banyak lagi yang akan dihamburkan untuk mengambil hati Cina? Berapa banyak elemen Islam yang akan dilacurkan untuk menyenangkan hati DAP?

Dan berapa banyak pula kawasan Melayu-Bumiputera yang akan dikorbankan untuk memastikan kerajaan sedia hari mendapatkan undi dan pengaruh Cina pada PRU akan datang?

CHINESE TSUNAMI... RED BEANS ARMY tajaan DAP telah berjaya sepenuhnya. Tidak sahaja berjaya membawa pengundi-pengundi muda Cina keluar mengundi dan memenangkan DAP dengan majoriti-majoriti yang sangat besar, tetapi juga berjaya mengalihkan otak Melayu-Bumiputera terutama dari golongan muda untuk menyokong DAP dan pada masa yang sama, melemahkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Hilang sudah cerita Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri. Hilang juga cerita Hadi Awang yang sepatutnya jadi Perdana Menteri. Yang pasti, walaupun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak jadi Perdana Menteri kerana hanya menang 35 kerusi Parlimen, tetapi merekalah pemenang sebenar dan kejayaan kerja-kerja propaganda yang dilakukan oleh DAP dari tahun 2008 sehingga 2013, telah pun membuahkan hasil yang lumayan.

Gagal mengambilalih Johor, gagal mengambilalih Negeri Sembilan, gagal mengambilalih Perak dan gagal juga di Sabah, tidak akan mematahkan semangat DAP. Sebaliknya mereka akan bekerja lebih kuat dan lebih cerdik berbanding sekarang.

Kalau sebelum ini RED BEANS ARMY terdiri daripada budak-budak Cina, tidak mustahil kuota tersebut akan dikurangkan dan kemasukan lebih ramai budak-budak Melayu akan dibuat oleh DAP.

Pastinya dengan kejayaan menang besar di Selangor dan Pulau Pinang, akan membolehkan dana lebih besar untuk kerja-kerja siber disalurkan sepertimana peruntukan RM25 juta yang diberikan oleh Pakatan Selangor untuk media baru, amat berbaloi dengan keputusan PRU13 di negeri itu.

Adakah UMNO pula akan terus bergantung dan berharap yang MCA akan menolong mereka lepas ini? Atau UMNO akan kekal melihat sahaja perbuatan Chua Soi Lek yang cuba memusnahkan Barisan Nasional dari dalam?

Cakaplah apa pun, yang pasti, PAS kena main dek DAP dan UMNO pula sah-sah kena saiko dengan Chua Soi Lek yang meletakkan calon-calon kalah bagi menjamin kedudukan politiknya.

Jangan sembang tentang RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI kerana rumah yang duk ada sekarang ni, TAK PERNAH SIAP-SIAP dan SENTIASA PERLU DITUKANG. Kalau tidak, akan berkuburlah Melayu-Bumiputera dan Islam di negara ini!!!

Sumber : FB

Monday, 6 May 2013

Nik Aziz Bersara, Ahmad Yakcob Jadi MB Kelantan!!!

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, 82 akan bersara selepas berjaya membawa Pas untuk membentuk kerajaan negeri untuk kali ke-enam selepas 1990. Selepas 22 tahun Nik Aziz sebagai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakcop  menggantikan beliau dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan.

Upacara tersebut telah diadakan di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang tadi di mana timbalan menteri besar dan exco negeri baru  turut mengangkat sumpah. Di Kelantan, PAS menang 32 daripada 45 kerusi negeri. Nik Aziz dijangka terus dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas.

Pada masa yang sama, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal baru esok. Upacara mengangkat sumpah itu akan dilakukan di hadapan Yang di-Pertua negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara.

Pada masa sama, barisan exco kerajaan negeri juga akan ditubuhkan dalam beberapa hari lagi selepas mendapat persetujuan daripada Tun Abdul Rahman. Jelasnya, beliau memerlukan masa untuk melantik ahli dewan undangan negeri yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab bagi portfolio masing-masing.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Lim mengekalkan kerusi dewan undangan negeri DUN Air Puteh selepas menewaskan calon Barisan Nasional Tan Ken Keong dengan majoriti 7,744 undi. Lim berkata Pakatan Rakyat berjanji akan berkerja lebih kuat demi rakyat Pulau Mutiara itu dengan meneruskan dasar sedia ada untuk membangunkan ekonomi dan membantu rakyat negeri tersebut.
Pakatan Rakyat pada Ahad memenangi 30 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menghadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta di sini hari ini. Kenderaan membawa Zambry dilihat memasuki perkarangan istana dengan diiringi dua kenderaan lain pada pukul 9.50 pagi.

Dalam majlis hampir sejam itu, Zambry mempersembahkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Perak dan memohon perkenan baginda untuk pembentukan kerajaan negeri baharu. Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi penggal ke-13 esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada PRU13 Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Chenderiang.

Sumber

Prestasi Buruk MCA PRU13 Chua Soi Lek Kotakan Janji

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek selaku Presiden MCA malam tadi telah menegaskan parti itu akan tetap mengotakan janji untuk tidak mengisi sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata: "MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."

MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen - Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008. Kebanyakan kerusi MCA dirampas oleh DAP dan PKR dalam perjuangan mereka di PRU13 dan menunjukkan sokongan pengundi cina kepada mereka bertambah merosot.

Tuesday, 6 November 2012

"SAYA TIDAK HINA ISLAM,CUMA PERSOAL HUDUD PAS" JAWAPAN SOI LEK YANG MEMBUATKAN NIK AZIZ KEPENINGAN !!!



Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.

Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.

Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari 
Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu. Seterusnya klik di : matkilaupenang

Lihat kenyataan Nik Aziz di bawah yang dipetik dari akhbar....

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung isu hukum hudud  menunjukkan beliau sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

 

“Dia sebenarnya rasa tertekan... tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud Pas, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,” kata beliau dipetik Harakahdaily semalam.

Nik Aziz berkata, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan Pas adalah ajaran Islam.

Dalam kenyataan terbaru, Soi Lek berkata, beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud Pas.

Selain itu beliau juga meminta Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai Pas, supaya memasukkan hukum hudud dalam manifesto mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan Pas.

PT
Nik Aziz jadi kebengongan dengan jawapan yang diberikan oleh Chua Soi Lek yang beliau tidak pernah menghina Islam, cuma mempersoalkan hudud Pas. Lain kali Nik Aziz kena berfikir dulu sebelum nak menghentam orang lain yang berkaiatan sesuatu isu. Sebagai MB yang sudah lama memegang jawatan sepatutnya bujaksana dalam membuat sebarang kenyataan. Takut nanti di panggil 'tuo sajo tapi sikit pun tak leh wat kiro caro'...Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Saturday, 11 August 2012

Fatwa kafir harbi umpama ajak perang - MAZA



SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin  berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia,"katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Katanya, mana-mana pihak perlu membuat penelitian dalam konteks politik sebenar negara ini sebelum mengeluarkan 'fatwa' sedemikian.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan, kafir harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan ummat Muslimin dan agama Islam.

Mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka menyerang ummat Islam atau membantu pihak lain menyerang ummat Islam. Dan Allah SWT juga memerintahkan kita ummat Muslimin supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin). - SH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive