Showing posts with label Mic. Show all posts
Showing posts with label Mic. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

#PRU13 - Chinese Tsunami!!! Melayu Tertipu... Pas Ditipu Dap.. Umno Ditipu Mca???

Pedih ke tak pedih, memang itulah yang berlaku! TIDAK ADA CALON MCA yang bertanding di kawasan Cina pun yang menang kecuali di kawasan majoriti Melayu. PAS HILANG BANYAK KERUSI kerana persekongkolan dengan DAP, sedangkan DAP pula meraih banyak kerusi kerana berjaya kudakan PAS. PKR?

Tak payah sebutlah... itu parti unik yang serba gormal dan menjadi kesayangan rakyat Selangor! Sesiapa pun, termasuklah Perdana Menteri, Najib Abdul Razak tidak lagi dapat menafikan tentang CHINESE TSUNAMI yang teruk melanda PRU13.

Dan kali ini, barangkali barulah masing-masing sedar bahawa golongan muda yang kali pertama dan kedua mengundi, lebih memilih parti-parti dari Pakatan Rakyat terutama sekali DAP berbanding MCA dan UMNO sendiri.

Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga atau mengekalkan majoriti 2008 kerana faktor pengundi Cina. Itu tidak dapat disangkal lagi. Ini bukanlah kenyataan RASIS tetapi itulah hakikatnya.

Selepas ini, berapa banyak lagi yang akan dihamburkan untuk mengambil hati Cina? Berapa banyak elemen Islam yang akan dilacurkan untuk menyenangkan hati DAP?

Dan berapa banyak pula kawasan Melayu-Bumiputera yang akan dikorbankan untuk memastikan kerajaan sedia hari mendapatkan undi dan pengaruh Cina pada PRU akan datang?

CHINESE TSUNAMI... RED BEANS ARMY tajaan DAP telah berjaya sepenuhnya. Tidak sahaja berjaya membawa pengundi-pengundi muda Cina keluar mengundi dan memenangkan DAP dengan majoriti-majoriti yang sangat besar, tetapi juga berjaya mengalihkan otak Melayu-Bumiputera terutama dari golongan muda untuk menyokong DAP dan pada masa yang sama, melemahkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Hilang sudah cerita Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri. Hilang juga cerita Hadi Awang yang sepatutnya jadi Perdana Menteri. Yang pasti, walaupun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak jadi Perdana Menteri kerana hanya menang 35 kerusi Parlimen, tetapi merekalah pemenang sebenar dan kejayaan kerja-kerja propaganda yang dilakukan oleh DAP dari tahun 2008 sehingga 2013, telah pun membuahkan hasil yang lumayan.

Gagal mengambilalih Johor, gagal mengambilalih Negeri Sembilan, gagal mengambilalih Perak dan gagal juga di Sabah, tidak akan mematahkan semangat DAP. Sebaliknya mereka akan bekerja lebih kuat dan lebih cerdik berbanding sekarang.

Kalau sebelum ini RED BEANS ARMY terdiri daripada budak-budak Cina, tidak mustahil kuota tersebut akan dikurangkan dan kemasukan lebih ramai budak-budak Melayu akan dibuat oleh DAP.

Pastinya dengan kejayaan menang besar di Selangor dan Pulau Pinang, akan membolehkan dana lebih besar untuk kerja-kerja siber disalurkan sepertimana peruntukan RM25 juta yang diberikan oleh Pakatan Selangor untuk media baru, amat berbaloi dengan keputusan PRU13 di negeri itu.

Adakah UMNO pula akan terus bergantung dan berharap yang MCA akan menolong mereka lepas ini? Atau UMNO akan kekal melihat sahaja perbuatan Chua Soi Lek yang cuba memusnahkan Barisan Nasional dari dalam?

Cakaplah apa pun, yang pasti, PAS kena main dek DAP dan UMNO pula sah-sah kena saiko dengan Chua Soi Lek yang meletakkan calon-calon kalah bagi menjamin kedudukan politiknya.

Jangan sembang tentang RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI kerana rumah yang duk ada sekarang ni, TAK PERNAH SIAP-SIAP dan SENTIASA PERLU DITUKANG. Kalau tidak, akan berkuburlah Melayu-Bumiputera dan Islam di negara ini!!!

Sumber : FB

Saturday, 11 August 2012

Fatwa kafir harbi umpama ajak perang - MAZA



SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin  berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia,"katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Katanya, mana-mana pihak perlu membuat penelitian dalam konteks politik sebenar negara ini sebelum mengeluarkan 'fatwa' sedemikian.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan, kafir harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan ummat Muslimin dan agama Islam.

Mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka menyerang ummat Islam atau membantu pihak lain menyerang ummat Islam. Dan Allah SWT juga memerintahkan kita ummat Muslimin supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin). - SH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive