Monday 6 May 2013

Nik Aziz Bersara, Ahmad Yakcob Jadi MB Kelantan!!!

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, 82 akan bersara selepas berjaya membawa Pas untuk membentuk kerajaan negeri untuk kali ke-enam selepas 1990. Selepas 22 tahun Nik Aziz sebagai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakcop  menggantikan beliau dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan.

Upacara tersebut telah diadakan di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang tadi di mana timbalan menteri besar dan exco negeri baru  turut mengangkat sumpah. Di Kelantan, PAS menang 32 daripada 45 kerusi negeri. Nik Aziz dijangka terus dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas.

Pada masa yang sama, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal baru esok. Upacara mengangkat sumpah itu akan dilakukan di hadapan Yang di-Pertua negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara.

Pada masa sama, barisan exco kerajaan negeri juga akan ditubuhkan dalam beberapa hari lagi selepas mendapat persetujuan daripada Tun Abdul Rahman. Jelasnya, beliau memerlukan masa untuk melantik ahli dewan undangan negeri yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab bagi portfolio masing-masing.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Lim mengekalkan kerusi dewan undangan negeri DUN Air Puteh selepas menewaskan calon Barisan Nasional Tan Ken Keong dengan majoriti 7,744 undi. Lim berkata Pakatan Rakyat berjanji akan berkerja lebih kuat demi rakyat Pulau Mutiara itu dengan meneruskan dasar sedia ada untuk membangunkan ekonomi dan membantu rakyat negeri tersebut.
Pakatan Rakyat pada Ahad memenangi 30 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menghadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta di sini hari ini. Kenderaan membawa Zambry dilihat memasuki perkarangan istana dengan diiringi dua kenderaan lain pada pukul 9.50 pagi.

Dalam majlis hampir sejam itu, Zambry mempersembahkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Perak dan memohon perkenan baginda untuk pembentukan kerajaan negeri baharu. Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi penggal ke-13 esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada PRU13 Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Chenderiang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive