Thursday, 23 May 2013

BOIKOT AirAsia - CUEPACS Gesa Kakitangan Awam Pilih MAS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan penerbangan AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah ini susulan daripada aduan dan rungutan orang ramai terhadap perkhidmatan AirAsia yang jelas tidak memuaskan.

"Saya minta setiap ketua jabatan di dalam sektor awam turut menjadikan syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Firefly sebagai pilihan utama mereka untuk sebarang urusan rasmi kakitangan mereka sama ada di dalam mahupun ke luar negara.

"Kuasa pengguna daripada 1.4 juta kakitangan awam mampu memberi kesan kepada AirAsia, jadi saya minta semua kakitangan awam membuktikannya terutama pada musim cuti sekolah nanti," katanya.

Utusan melaporkan Omar mengulas kecaman beberapa persatuan pengguna terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.

Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak), Saadon Aris turut bersetuju supaya kakitangan kerajaan menjadikan AirAsia sebagai pilihan terakhir untuk sebarang urusan penerbangan rasmi mahupun peribadi mereka.

"Sememangnya terdapat banyak aduan berhubung perkhidmatan dan layanan daripada AirAsia yang tidak memuaskan, jadi saya minta kakitangan awam negara ini menilai semula pilihan mereka sekiranya perlu menggunakan perkhidmatan penerbangan.

"Kini pengguna mempunyai beberapa pilihan lain termasuk kemunculan syarikat penerbangan tempatan terbaharu, Malindo Air. Malah sebagai kakitangan awam, mereka juga boleh mengutamakan perkhidmatan MAS dan Firefly yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC)," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya memberitahu, pihaknya juga sering mendapat rungutan daripada pengguna berhubung perkhidmatan AirAsia yang diragui dan mengelirukan.

"Dalam hal ini saya menggesa orang ramai supaya menggunakan sepenuhnya kuasa pengguna. Mereka berhak untuk memilih perkhidmatan yang terbaik malah di negara ini beberapa syarikat turut menawarkan perkhidmatan penerbangan yang jelas lebih baik berbanding AirAsia.

Sumber

1 comment:

  1. GLC GLC GLC.. Kroni-kroni-kroni.. ini bukti yang paling kukuh businessman Malaysia yang taknak rasuah, yg tolak politik-UMNO akan kena boikot dan kena pulau..
    last skali malaysia sendiri yang rugi>
    KTMB dh ada=RUGI berbillion2,
    MAS dan ada=RUGI berbillion2. BODOH

    Masalahnya yang ajak boikot si bahlul2 menteri je. takde pulak rakyat merungut. BODOH. nk mngajar orang jadi pembenci

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive