Saturday 18 May 2013

Mahasewel Tersohor a.k.a Khadam Anwar Si Adam Adli Ditangkap Polis!!!

Tahniah kepada Menteri KDN yang baru yang terus menjalankan n tugasnya dengan TINDAKAN TEGAS bagi menjaga keamanan negara.

Terkini antara dalang pencetus rusuhan jalanan menjatuhkan kerajaan ,Adam Adli telah ditahan Polis di Bangsar hari ini di bawah akta Hasutan.

Kepada rakyat Malaysia yang majoritinya mahu negara ini aman.sama2 kita berdoa dan menyokong usaha pihak berkuasa ini bagi mententeramkan keadaan dalam  negara ini.

Dikhabarkan  dalang -dalang menghasut untuk guling kerajaan dah tak duduk senang.. ada yang nak lari ke luar negara pun dah ada ... Aktivis pro Anwar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu.

Sumber

1 comment:

  1. Ikan kecik je ke yg kena tangkap..ikan ikan jerung dan paus bila nak angkut..kasi sumbat kat kamunting..yahoooo..KDN baru mmg garang beb

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive