Wednesday, 29 May 2013

Selagi Ambo Bernyawo Jange Dok Koya Ado Penyatuan Umno & Pas - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” katanya kepada harakahdaily.

Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan menambah, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Sumber

4 comments:

  1. berat dah demo nik aziz...keras hati sungguh la demo..

    ReplyDelete
  2. Hek eleh!! Perasan macam hebat sangat PAS ni..pinggan tak retak, nasi tak dingin..PAS tak hendak, UMNO tak ingin...undi PAS kan haram. Bukan kata kami..guru pondok yang cakap. kami orang UMNO tak sanggup gadai akidah kerana harta dunia yang sedikit...kami pun boleh ludah jugak tau..bukan lu sorang!!

    ReplyDelete
  3. Sombong gila..patutlah doa Tuhan tak makbul baru-baru ni..usia di hujung tanduk pun masih busuk perut..

    ReplyDelete
  4. RADIO BUROK NI DAH TAK BLEH PAKAI SAKIT OTAK. CAKAP MACAM ORG TAKDE AGAMA TAPI BERBANGGA SANGAT DGN ILMU YG TAK MEMBANTU UMAT& UMMAH.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive