Tuesday 14 May 2013

#PRU13 : PR Akan Kemuka Petisyen 27 Parlimen!!!

PKR hari ini berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan.

“PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan.

” Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak “mesra” pembangkang.

“Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang,” katanya.

“Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang,” katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive