Saturday 11 May 2013

Tetiba Azmin Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor !!!!


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali pada Sabtu men'tweet' bahawa beliau mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kita harus menyokong Khalid untuk kekal.

"Fokus saya kini adalah menjadi Ahli Parlimen yang efektif," kata Azmin dalam laman Twitternya.


Tapi kenyataan Azmin pada 9 Mei... 

AIDCNews – 09/05/13 – Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR dilaporkan Antarapos, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Abdul Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, sebelum ini Anwar merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Abdul Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.


PT
Bukan setakat DAP dan PAS takkan setuju dengan Azmin, entah-entah Sultan pun tak berkenan..tapi kalau Azmin naik, menarik jugak kot. Confirm dia boleh aiskrim free banyak-banyak. Jangan bagi budak bawah umur dah laa…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive