Wednesday 8 May 2013

Isu Exco Kelantan : [VIDEO & FOTO] Penyokong Naik Darah Husam Tiada Dalam Senarai Exco !!!

Sekumpulan 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.



Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.


Timbalan Pengarah 2, Pas Dun Salor, Mohd Nuri Mohd Yaakob mahu penjelasan pengguguran Husam kerana ia mencetuskan banyak persoalan terutama kepada rakyat di negeri itu.

Mereka berpendapat, tindakan kerajaan negeri Kelantan tidak menyenaraikan Husam sangat mengejutkan.


Kononnya berjuang bukan untuk jawatan...Husam oh Husam...

7 comments:

  1. alhamdullilah ... berkat doa guru yang agung lagi suci dan mempunyai karamah yang tak terbilang ... maka puak-puak yang batil akan dan pasti berpecah-belah. marilah kita terus bermunanjat dengan keberkatan doa TGNANM semoga dengan keberkatan doa kita dan doa TGNANM maka makin cepatlah puak yang batil itu berpecah-belah dan insyaAllah akan hancur berkecai dilanda tentera ah-zab.

    ReplyDelete
  2. yer ke...takkan lah kerana jawatan exco tiada dalam senarai..maka diarahkan penyokong buat protes...perlantikan tu atas restu Sultan Kelantan tuan....

    ReplyDelete
  3. tanah husam byk kat bumi kelantan....balak dah di tebang....bijih dah dilombongkan...pagar je la tanah tu....tanam pohon depu &&& peliharalah kambing japnapari...

    ReplyDelete
  4. Ada jawatan terbaru di buat utk husam musa iaitu exco batu asas...hahaha

    ReplyDelete
  5. Patuhlah saja keputusan musyidul am PAS. Bukankah sepatunya begitu? Dah undi PAS kan masuk syurga, nak apa lagi? Kalau setakat tidak jadi exco - itu kecil punya hal bukan?

    ReplyDelete
  6. Tanpa Husam, Pas Kelantan akan punah... Tengok laa nanti..!

    Takboleh harap kpd ore paka ppioh sajo!

    ReplyDelete
  7. punah dan punai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive