Friday 31 May 2013
"Pokoknya Bapak Anwar Memang Mungkir Janji" - Bekas Menteri Indonesia
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.
Hamid Awaludin, bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".
Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".
Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.
"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.
Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.
Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa Barisan Nasional (BN) menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.
PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.
Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."
"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.
"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.
Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.
"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.
Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:
S:Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?
J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib.
Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah.
Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia.
Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.
Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.
S.Pada Hari Mengundi, adakah sdr rasa perjanjian itu masih terpakai? Adakah berlaku sebarang perkara sebelum Hari Mengundi, yang boleh menyebabkan perjanjian itu terbatal?
J. Saya amat pasti tiada sebarang perkara berlaku menjelang Hari Mengundi atau pada Hari Mengundi itu sendiri yang menyebabkan perjanjian itu terbatal. Ia terus terpakai.
Keadaan berubah selepas Najib diisytihar sebagai pemenang. Malah, sehari selepas kemenangan Najib, saya masih yakin bahawa janji tetap janji dan kedua-dua pihak akan mematuhinya.
Barangkali, Anwar tidak mampu mengurus pengikutnya, terutama kerana DAP memenangi lebih banyak kerusi berbanding parti pimpinannya. Anwar mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang menyulitkan. Tapi, tugas seseorang pemimpin adalah memimpin, bukan dipimpin.
S. Adakah sdr dan Jusuf Kalla berpendapat Anwar mengingkari perjanjian itu? Jika demikian, apa alasannya?
J. Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik. Mungkin ada perkara yang beliau tidak ingin ucapkan kerana beliau tidak mahu melukakan hati orang. Saya tak tahu.
S.Adakah sdr rasa Anwar akan ikhlas menerima penyatuan nasional di Malaysia?
J. Saya percaya Anwar mempunyai keikhlasan dan masih berharap beliau memilikinya.
S.Pada pendapat sdr, apakah yang membuat Anwar bertindak seperti menafikan wujudnya perjanjian itu, enggan menerima kekalahan dan menganjurkan bantahan di seluruh Malaysia?
J. Sejak mula lagi, Anwar yakin beliau akan memenangi pilihan raya itu. Setelah berjuang sejak sekian lama, beliau berpendapat inilah kesudahan bagi perjuangan itu. Anwar berpendapat beliau akan memenangi pertarungan itu dan mengalahkan Barisan Nasional.
Keyakinan ini diperkukuhkan lagi oleh tinjauan pendapat yang sering menyebelahinya. Setiap perhimpunan yang Anwar adakan dalam tempoh berkempen juga menarik ramai hadirin.
Tetapi, kesudahannya, pilihan rakyat merupakan faktor penentu dalam demokrasi.
Anwar percaya beliau akan memenangi pilihan raya itu dan bimbang Najib akan membantah dan tidak mahu menyerah kuasa.
Jadi, beliau mahukan jaminan senario itu tidak berlaku. Inilah sebabnya beliau mencadangkan agar perjanjian itu diadakan.- BERNAMA
Labels:
Anwar,
Indonesia,
Pakatan Rakyat,
perigitimur.jusuf,
pkr,
PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2013
(847)
-
▼
May
(65)
- "Pokoknya Bapak Anwar Memang Mungkir Janji" - Beka...
- Alahai Nurul Izzah!!! Takkan Ikut Bapak Jugak Jadi...
- Telaga Minyak Atas Darat Siap Proses Pertama Dijum...
- [FOTO] Sotong Rakyat Anarki Tersebar!!! Tunggu Apa...
- Selagi Ambo Bernyawo Jange Dok Koya Ado Penyatuan ...
- Betulkah Bank Negara Menganaktirikan Bangsa Melayu???
- [FOTO] Pas Halang Penyokongnya JOIN Himpunan 505???
- PKR Akan Fail Petisyen PRU13 Secepat Mungkin - Raf...
- Zalim Sumgguh!!! Penipu PKR Dihentam Polis Sampai ...
- Blackout 505 : Pelik!!! Tiada Ucapan Dari Pemimpin...
- Lagi Pemimpin Pembangkang Akan Didakwa Di Mahkamah...
- Terbongkar!!! MB Kelantan Mula Mencantas Orang2 Ni...
- Dasar Penipu!!! Pembangkang Menipu 'BLACKOUT' - PR...
- Memang Patut!!! Tian Chua & Haris Ibrahim Ditahan ...
- Kes Bunuh Sosilawati : Akhirnya Pembunuh Kejam Dih...
- BOIKOT AirAsia - CUEPACS Gesa Kakitangan Awam Pili...
- [ FOTO ] 18 Ditangkap Demo Depan Balai Polis Jinja...
- Kronologi Ibu Malang Dinafikan Hak Oleh Air Asia???
- Zalim Sungguh!!! Kerajaan Pas Negeri Kelantan Bert...
- Pelik!!! Tetiba Air Asia Tawar Tiket Percuma Kepad...
- Isu Video Seks : Anwar Ibrahim Tersilap Saman Wan ...
- Nik Abduh Kesiankan Anwar Ibrahim Kerana Terlalu L...
- Black 505 : Rafizi Bertegas Perhimpunan Tetap Dite...
- Tunku Aziz Cukuplah Serang Dap - Kapal Sing
- [ FOTO ] Dua Termasuk Anggota Polis Cedera Ditetak...
- Kumpulan Anak Muda Sesat Bawa Lilin Keliling Balai...
- Kenyataan Polis - Penahanan Khadam Anwar Di Balai ...
- Mahasewel Tersohor a.k.a Khadam Anwar Si Adam Adli...
- Black 505 Di Padang Kota Lama Tetap Diteruskan!!!
- Ngeh Koo HamPas Perlekehkan Sultan Melayu!!!
- Kes Tembak Di Bachok !!! Tiada Kaitan Dengan Ker...
- "Kalau Menteri Penuh Saya Takkan Tolak," - Joseph ...
- 8 Soalan Yang Perlu Di jawab Penyokong PR !!!
- Senarai Lengkap Menteri & Timbalan Menteri Kabinet...
- Tahniah!!! Senarai Kabinet Najib 2013 .....
- Tertangkap!!! Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Ka...
- #PRU13 : PR Akan Kemuka Petisyen 27 Parlimen!!!
- Lim Kit Siang Akan Lawan Sehingga Putrajaya Jadi M...
- Pelik!!! Kenapakah Tiada Exco Pas Dalam Pentadbira...
- [FOTO] Rupa-rupanya Pas Pun Lapar Juga Jawatan MB ...
- [ FOTO ] 3000 Sertai Himpunan Bantah Keputusan PRU...
- Alkisah - Pejabat Menteri Besar Kelantan Setiap Sa...
- 'Tsunami Cina' - Lim Kit Siang Arah PM Buka UMNO U...
- Tetiba Azmin Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selango...
- Azmin Bengang Dengan Wan Azizah Pandai2 Hantar Cal...
- Isu MB Selangor - Azmin Akan Keluar PKR Kerana Anw...
- Kepada Siapa Yang Belum Tahu Tentang Kod Rahsia Pa...
- Isu Exco Kelantan : [VIDEO & FOTO] Penyokong Naik ...
- PC Anwar : Misi Untuk Jadikan Anwar PM Ke 7 Akan D...
- #PRU13 : Surat Sumpah Baiah Pengundi Luar Pas Kela...
- Senarai Red Bean Army Jentera Pakatan Haram Dap Un...
- #PRU13 - Chinese Tsunami!!! Melayu Tertipu... Pas ...
- Nik Aziz Bersara, Ahmad Yakcob Jadi MB Kelantan!!!
- Fakta Menarik Keputusan Penuh PRU13 Yang Patut Kit...
- Prestasi Buruk MCA PRU13 Chua Soi Lek Kotakan Janji
- #PRU13 : Mari Kito Pakat Pakoh Barisan Nasional - ...
- #PRU13 : LIVE!!! Kempen Terakhir Calon BN Parlimen...
- #PRU13 ; Jika BN Menang 57 Faedah Untuk Rakyat Kel...
- #PRU13 : Bongkar 2 !!! Exco Pas Hentam Kerajaan Ne...
- #PRU13 : Akhirnya Stopa Spender Berjaya Dapat Sura...
- #PRU13 : Majlis Syura PAS Arah Jangan Undi PKR & D...
- #PRU13 : LIVE!!! Perarakan Penyokong BN Pengkalan ...
- #PRU13 : [FOTO] Terkini!!! Petugas Pas Tumbangkan...
- #GE13 : Siapa Aishah Baby Di Hati Stopa Spender ??...
- #PRU13 : Gempar!!! Ceramah Ustad Hassan Basri Diga...
-
▼
May
(65)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)
Pelik betol la si nuar nie...terang2 membohong tapi muka mcm tebal giler...tadak malu punya org...maruah pon tadak...pengikut2 dia lak mcm dah serupa lembu...bodoh giler...SUDAH2 LA NUAR OOI...AKU NIE DAH BERTAHUN2 JADI LEMBU KO TAPI SKRG NIE AKU DAH TAUBAT DAHHH...PEGI MAMPOS LA PKR DGN KO SEKALI...NURUL IZZAH KASI TINGGAL SAMA AKU SBB DIA CUN LAA...WALAUPON KAKI AUTA MCM KO...
ReplyDelete