Wednesday 22 May 2013

Kronologi Ibu Malang Dinafikan Hak Oleh Air Asia???

DARI BLOG HAZREY

Berikut adalah kronologi ibu malang Izan Suhaila dinafikan hak oleh Air Asia... 

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.

5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

11. Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

PT
Kisah ini banyak pengajaran dan membuka mata semua pihak. Jadi sudah sampai masanya untuk kita sama - sama berfikir dan menggunakan hak yang kita ada sebagai pengguna.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive