Saturday 11 May 2013

'Tsunami Cina' - Lim Kit Siang Arah PM Buka UMNO Untuk Semua Kaum !!!

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membuka Umno dan parti-parti BN yang lain kepada rakyat Malaysia dari semua kaum jika perdana menteri mahu mengotai ikrarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar hari ini sebagai mengulas ikrar Najib semalam untuk berkhidmat sebagai perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, negeri, atau pandangan politik.

Menurut Lim, Najib berkata demikian walaupun telah mengaitkan prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum ke-13 dengan 'tsunami Cina' dan mempertahankan tajuk yang dianggap berunsur perkauman di akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Beliau berkata Najib perlu berpegang kepada "politik masa depan" untuk menunaikan janjinya, yang antara lain termasuk pengakhiran kepada politik berasaskan kaum.

Untuk berbuat demikian, Lim menggesa Najib supaya mempunyai keberanian untuk membuka Umno kepada semua rakyat supaya ia tidak menjadi parti berasaskan kaum, begitu juga dengan parti-parti yang lain.

Lim berkata, idea untuk membuka Umno kepada semua kaum bukanlah sesuatu yang baru.

Presiden pertama Umno, Datuk Onn Jaffar telah mencetuskan idea tersebut pada tahun 1951, tetapi "ia dianggap telah mendahului zamannya."

Lim menyifatkan tempoh 56 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 sudah cukup lama untuk Umno bertindak sebagai sebuah parti Malaysia dan tidak terus menjadi pengamal politik berasaskan kaum. - Sumber



3 comments:

  1. DAP memang multiracial tapi kaum india sendiri dipinggirkan...kiralah berapa ramai kaum india dalam anggota majlis tertinggi DAP

    ReplyDelete
  2. Ha,ha, DAP multiracial, tapi wakil melayu dalam CEC dilantik selepas kiraan semula berdarah cina.

    ReplyDelete
  3. bukan melayu yg dilantik tu..cina jugak....nama saja melayu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive