Showing posts with label Sultan. Show all posts
Showing posts with label Sultan. Show all posts

Saturday, 20 July 2013

#PRKKualaBesut [VIDEO] Siapa 'Taki' Berani Pertikai Titah Sultan Terengganu???

Takiyuddin cuba menjadi batu api dengan memainkan sentimen daerah, kononnya kerajaan negeri BN menganaktirikan rakyat Besut melalui perlantikan Menteri Besar.

Beliau cuba menabur fitnah yang Idris Jusoh sengaja dipinggirkan dari terus menjadi MB selepas kemenangan BN PRU12 kerana beliau anak Besut .... tapi sedarkah Takiyudin yang hak untuk melantik MB adalah dibawah bidang kuasa Sultan Terengganu ?

Dari percakapan beliau, nyata Takiyuddin SEDAR yang Sultan yang berkuasa melantik siapa yang baginda berkenan untuk menjadi MB. Namun beliau tetap membangkitkan pemilihan MB itu sebagai satu isu menganaktirikan warga Besut.....tidakkah itu seperti mendakwa Sultan sebagai pilih kasih terhadap rakyat jelatanya ?

Siapakah Takiyuddin sehingga begitu lantang mempertikaikan perlantikan MB Terengganu oleh Sultan???

Gedebe sangatkah Takiyuddin sehingga sanggup menabur fitnah BN menganaktirikan Dun Kuala Besut???

Apapun kita lihat dan dengar video di Blog Din Turtle.....

Sumber

Saturday, 15 June 2013

"Saya Tidak Akan Ingkari Arahan Sultan" - Tee Siew Kiong Exco Johor

JOHOR BAHRU:  Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong meletak semua jawatan dalam MCA, sebaliknya hanya mengekalkan keanggotaan seumur hidup beliau dalam parti itu.

Tee berkata beliau berbuat demikian bagi mengelak sesetengah anggota parti itu terus mengeksploitasi pelantikannya sebagai exco Johor.

"Saya kesal kerana sesetengah anggota parti menjadikan pelantikan saya sebagai isu dan pada masa sama, bukan sekadar menjadikan saya sebagai sasaran malah bertujuan memusnahkan perpaduan parti.

"Bagaimanapun, saya tidak akan sesekali meninggalkan parti kerana saya sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga besar ini untuk tempoh lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meletak jawatan sebagai setiausaha penganjur nasional, anggota majlis presiden, anggota jawatankuasa pusat, anggota jawatankuasa pemandu pilihan raya, anggota jawatankuasa perhubungan MCA negeri Johor, timbalan pengerusi jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA Johor dan pengerusi bahagian MCA Pontian.

Tee juga akan menghadiri pendengaran jawatankuasa disiplin MCA pada 17 Jun untuk menjelaskan penerimaan jawatan sebagai exco Johor. Sebagai anak Johor, katanya, beliau tidak boleh mengingkari arahan Sultan.

"Arahan Sultan menyebut bahawa mesti ada wakil daripada setiap kaum dalam anggota majlis kerajaan negeri, jadi saya diarah mewakili masyarakat Cina," katanya.

Tee juga berkata beliau sememangnya tidak pernah berhasrat menentang keputusan parti untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika MCA gagal mempamer prestasi lebih baik dalam pilihan raya ke-13 berbanding pada 2008.

Sumber

Wednesday, 7 November 2012

SULTAN KESAL, JAIS DIARAH SIASAT NURUL IZZAH - MAIS


SHAH ALAM - Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama, sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu.

"Mais berasa begitu terkejut dan kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" kata Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya.

Kata beliau, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut.

"Dan, banginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau.

Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

"Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau.

Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

"Wala apa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi. - Sumber : Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive