Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Wednesday, 2 July 2014

[FOTO] Pelaku Serangan Seksual Di New Zealand???

Kini telah tersebar satu gambar di aplikasi Wassup suspek yang dituduh melakukan serangan sɵksuel di New Zealand.

Lelaki tersebut berpangkat Pegawai Waran II daripada Mindef yang dihantar bertugas selama setahun di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington itu ditahan polis negara berkenaan pada 9 Mei atas tuduhan cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Kini tersebar juga dokumen Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand yang meminta pertuduhan terhadap suspek digugurkan.

Sumber

Wednesday, 19 March 2014

MH370 Ditemui, Komando ATM Dikerah Ke Lokasi??? #PrayForMH370




Kuala Lumpur: Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro

Wednesday, 12 March 2014

MH370 - Semakin Misteri!!! TUDM Dakwa Ada Pesawat Tidak Dikenali Selepas MH370 Hilang??? #Pray4MH370




SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan, sebuah pesawat tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.


“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Rodzali berkata, pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliaumenafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.


Sumber

Monday, 1 April 2013

#LahadDatu : #OpsDaulat Gagal - Bekas Pemimpin Tentera Penjilat PR #TolakPR

Tindakan Bekas Pemimpin Tentera Keterlaluan Dan Tidak Wajar

“Apabila angkatan tentera berjuang, kita tidak boleh lakukan apa-apa perkara yang boleh melemahkan semangat mereka. Ini (usaha untuk melemahkan semangat) adalah kerja musuh dan dilakukan untuk meruntuhkan moral pasukan kita,” kata Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd. Said.

Beliau berkata demikian dalam forum Masa Depan Kita: Cabaran Keselamatan yang dianjurkan Nadi Dialog Malaysia semalam.

Datuk Seri Zaini Mohd. Said terkejut dan kecewa dengan tindakan bekas pemimpin tentera mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan semangat anggota pasukan keselamatan di Sabah.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan tidak harus dikeluarkan pada ketika anggota tentera berjuang habis-habisan dengan musuh untuk mempertahankan kedaulatan negara. Semalam, bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa Ops Daulat telah gagal.

Malah Ghafir mengeluarkan dakwaan bahawa Ops Daulat gagal kerana ia dijalankan tanpa perisikan taktikal yang penuh. Datuk Seri Zaini yang berpengalaman mengendalikan insiden Sauk di Perak berkata, tidak timbul soal cepat atau lambat dalam apa-apa operasi tetapi apa yang lebih penting adalah masa yang tepat.

“Kita memerlukan masa untuk membawa kelengkapan tentera ke medan selain melakukan pelbagai persiapan.

“Tak guna kalau kita lancarkan serangan pantas dengan 30 anggota dan lepas itu pasukan tersebut dihancurkan musuh,” katanya. - SUMBER

Monday, 25 March 2013

4 Mayat Termasuk 2 Kanak-Kanak Maut Selepas Pertempuran #LahadDatu


LAHAD DATU – Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan keselamatan Negara kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

“Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

“Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan,” katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.

“Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan ‘sniper’ pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu,” katanya. - BERNAMA

Sunday, 24 March 2013

Luahan Hati Isteri Polis Kepada Tian Chua #Lahad Datu

KAMPUNG Tanduo di Lahad Datu, Sabah pasti akan tercatat dalam lipatan sejarah tanah air ekoran tragedi pencerobohan kumpulan pengganas dari Sulu, Filipina


Ketika seluruh rakyat meratapi kehilangan lapan anggota dan pegawai polis, masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang memperlekehkan tugas dan pengorbanan pasukan keselamatan mempertahankan tanah air.

Tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab itu langsung tidak menghiraukan perasaan ahli keluarga anggota yang terkorban itu yang kini hilang tempat bergantung.



Berikut adalah luahan hati seorang isteri anggota polis yang disiarkan di l Facebook untuk dikongsi bersama:

"Lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara.

Aku? Bukanlah sebahagian dari ahli keluarga, bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka, bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. Aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis."


Baca selanjutnya di SINI

Aset TUDM Dipamer Di LIMA '13 !!!

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mempamerkan pesawat-pesawat serta aset-aset TUDM sempena Pameran Maritim Dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’ 13) pada 26 Mac hingga 30 Mac 2013. Semestinya, kehebatan juruterbang yang berpengalaman luas dalam aksi pertunjukan udara pastinya akan memukau perhatian pengunjung di LIMA 13.





Barisan juruterbang pesawat F/A 18 D Hornet bersama kru 18 skuadron TUDM 
di Pangkalan Udara Butterworth.

Turut tidak ketinggalan adalah pameran pesawat oleh agensi-agensi dari dalam dan luar negara. Perkara ini telah dinyatakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM semasa bersiaran langsung pada jam 8.30 pagi dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. ‘Team Drumline’ TUDM yang mengiringi Panglima Tentera Udara di Sri Pentas juga turut membuat persembahan yang disiarkan secara langsung di TV3.

Tuesday, 19 March 2013

[VIDEO] Ketibaan Kereta Perisai Adnan Di Lahad Datu #OpsDaulat




Ketibaan kereta perisai "ADNAN" yang dihasilkan di Pekan, Pahang ini amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh pasukan keselamatan kita di Lahad Datu, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia. Kehadiran kereta perisai ini amat membantu pasukan keselamatan khususnya dalam menjejaki pengganas di kawasan Zon Merah berdasarkan keadaan geografinya yang berbukit-bukau, berpaya dan lembah.

Monday, 18 March 2013

#OpsDaulat :Lagi Pengganas Sulu Ditembak Mati #PrayForSabah


Lahad Datu: Pertempuran terbaru berlaku di Kampung Tanjung Batu, FELDA Sahabat 22 dekat sini,menyebabkan seorang lagi pengganas Sulu terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.


Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, berkata dua pertempuran berlaku iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan. Sumber FB 

Terkini !!! #OpsDaulat : Kereta Kebal Berantai Sudah Tiba Di Lahad Datu #PrayForSabah #LahadDatu



LAHAD DATU: Kereta kebal berantai dari Tawau tiba di bandar Lahad Datu kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Kereta kebal berantai itu diangkut menggunakan treler diiringi trak tentera dan polis, meneruskan perjalanan ke FELDA Sahabat untuk membantu Ops Daulat. - Bernama

Friday, 15 March 2013

Bergegar !!! Komando Malaysia Sudah Tiba Di Rumah Kiram ???

Hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat.




Baca sambungannya di SINI

#OpsDaulat : Gempur Terakhir Bermula, Kiram Menggelabah !!! #PrayForSabah




Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.



Menurut maklumat (SUMBER) yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.

Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.



Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.


Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesebelas. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.

Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.

Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil. - Sumber.

Thursday, 14 March 2013

Adik Jamalul Kiram III Pula Marahkan Malaysia #PrayForSabah

Esmail Kiram II berang dengan kegagalan abangnya, Jamalul Kiram II yang mula menyesal dengan tindakannya.

Esmail Kiram II kini bangkit dan cuba mengambil peranan untuk menggantikan Jamalul Kiram dengan mengugut kerajaan Malaysia berhubung operasi ketenteraan di Sabah.

Esmail mempertikaikan operasi tentera kita yang menentang pengikutnya di Sabah? Biar betul Esmail. Bermimpikah penulis dengan kenyataan Esmail itu?

Sepatutnya Esmail harus mempertikaikan dulu tindakan abangnya yang buta sebelah mata tu, kenapa harus menceroboh Sabah dengan bersenjata. Kalau rasa tak cukup bayaran tahunan USD 5300 kepada keturunan Sulu...bawa bincang. Bukan dengan cara membunuh dan berperang.

Esmail juga harus mempertikaikan tindakan tenteranya yang mengibarkan bendera putih tapi dalam masa yang sama melepaskan tembakan kepada polis Malaysia hingga menyebabkan kematian.

Esmail juga harus mempertikaikan mengapa tenteranya sanggup menggunakan orang awam sebagai benteng pertahanan.

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang wajib dijawab oleh Esmail dan pengganas Sulu. Jangan mudah sangat menuding kerajaan Malaysia tak berhati perut. Satu jaring anda menuding kerajaan Malaysia, sembilan lagi jari akan menuding anda semula.

Keturunan Kiram kini sedang menggelupur mencari talian hayat. Dahulu semasa ingin menceroboh Sabah, tidak terfikir pun hendak menggunakan saluran diplomasi iaitu melalui kerajaan Filipina. Kini apabila pengikutnya bakal dibenam dan akan menyaksikan tiada lagi generasi Kiram, maka mereka menggunakan saluran kerajaan Filipina untuk berbincang dengan Malaysia.- Sumber

[VIDEO] Ketibaan Jenazah Perajurit Yang Gugur Di Lahad Datu #PrayForSabah




Al-fatihah buat dua perwira negara anak Kelantan yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu yang selamat dikebumikan di kampung halaman mereka petang tadi.

Penulis yang turut menunggu ketibaan jenzah turut berasa sebak tatkala melihat raut wajah ibu Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah dan Allahyarham Koperal Ahmad Farhan yang memeluk erat keranda anak mereka.

Namun agak malang apabila ada sesetengah pihak yang cuba mencari 'political milage' di atas ketibaan jenazah dua perwira negara siang tadi.

Seterusnya baca di blog Tukar Kelate

Doakan perajurit negara agar dikuatkan iman dan taqwa kepada Allah. Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan. Selamat Berjuang Pahlawan Semoga Beroleh Kemenangan !!!

Wednesday, 13 March 2013

.#LahadDatu : Malaysia Akan Mulakan Serangan Ofensif #PrayForSabah


Malaysia berada di landasan yang benar apabila melakukan serangan ofensif terhadap pengganas Sulu demi kedaulatan negara selepas insiden pencerobohan itu meragut nyawa anggota pasukan keselamatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Percayalah apa yang kita lakukan ini adalah benar dan satu kebenaran...itu yang saya boleh katakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan jurucakap Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya "Sultan Sulu", Abraham Idjirani, kononnya Malaysia melanggar Konvensyen Geneva berhubung cara Malaysia menangani insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu.

Hishammuddin berkata kehilangan nyawa anggota pasukan keselamatan negara tidak berbaloi dengan tuduhan itu kerana Malaysia melakukannya demi negara tercinta. Beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada kepakaran Peguam Negara untuk mengkaji dakwaan Jamalul Kiram itu daripada segi perundangan. Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM),

Hishammuddin berkata semua pihak terlibat sedang bekerja keras untuk merealisasikan perkara itu dan perkembangannya sedang dipantau rapi. Katanya tiada sebab untuk perkara itu tidak dapat dilaksanakan walaupun menyedari hakikat bahawa kawasan ESSCOM melibatkan kawasan pantai sepanjang lebih 1, 400 kilometer untuk dikawal.

Sumber : fb

#LahadDatu : Perajurit Ke10 Terkorban Akibat Kemlangan Trak Di Lahad Datu #PrayForSabah




Anggota tentera yang terbunuh dalam kemalangan tentera pada pagi Selasa merupakan penumpang bukan pemandu trak seperti yang didakwa, jelas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata pemandu trak berkenaan, cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 pagi Selasa di Kilometer 37 di Jalan Lahad Datu. Allayarham Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 dinaikkan pangkat ke Koperal penuh pada Rabu bersama-sama seorang lagi rakannya, Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran menentang pengganas Sulu.

Sebelum ini dilaporkan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan apabila trak yang dipandunya hilang kawalan ketika sedang dalam perjalanan menghantar bekalan dari Lahad Datu menuju ke Bandar Chenderawasih di Felda Sahabat.


Foto ketibaan jenazah kedua-dua anggota di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pagi tadi...




PT
Pagi tadi jenazah Allahyarham selamat sampai di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa bersama-sama seorang lagi perwira negara yang terkorban. Takziah kepada keluarga mangsa. Banyakkan bersabar. Terimalah ketentuan dari NYA.Arwah juga gugur di medan juang walaupun disebabkan kemalangan tentera kerana kita hanya merancang, namun tuhan yang menentukan.

[FOTO] Ketibaan Jenazah Perwira Negara Yang Gugur @Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra


Lebih kurang pukul 10.00 pagi tadi jenazah dua perwira negara yang gugur di Lahad Datu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa.

Difahamkan salah seorang dari perajurit yang meninggal akibat kemalangan kenderaan semasa operasi Ops Daulat di Lahad Datu.

Ribuan rakyat Kelantan datang memberi penghornatan terakhir untuk kedua-dua wira negara. Suasana sedih menyelubungi kaum keluarga terdekat serta pemimpin -pemimpin .

Berita selanjutnya akan menyusul selepas ini.


Takziah kepada kedua keluarga mangsa. Banyakkan bersabar. Terimalah ketentuan dariNYA.

#LahadDatu : SMS Terakhir 10 Mac Sebelum Terkorban #PrayForSabah



`salam abah,ma doa la orng slmt...era'.


SMS terakhir yang dihantar oleh anggota ATM yang terkorban semasa pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah kepada keluarganya.

PETIKAN AKHBAR:

"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini.


Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini, hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena 'standby' untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang.


JENAZAH PREBET AHMAD HURAIRAH DIBAWA KE KAMPUNG HALAMAN PAGI ESOK

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

"Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya.

Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Feb, manakala 56 pengganas ditembak mati.

Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu. - Bernama


Tuesday, 12 March 2013

Terkini !!!: Lahad Datu Masih Berdarah Seorang Wira Gugur 2 Cedera Di Sungai Nyamuk #PrayForSabah

Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati manakala 2 lagi cedera. 

Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.

Di bawah ialah gambar Kpl Khairul Anuar yang ditembak di Lahad Datu pagi tadi. Dalam keadaan stabil di Hospital Sandakan.

Adakah ini juga lakonan wahai pembangkang ?

Berita mutakhir..

Pbt Mohd Hurairah dari 7MD, Kem Kukusan Tawau, Sabah terbunuh dalam pertempuran dI Kg Tg Batu Lahad Datu pagi tadi. Arwah berasal dari Kelantan. Al Fatihah untuk perwira kita. Pertempuran yang berlaku pada pukul 1045 pagi tadi. Dua anggota ATM juga tercedera. 

Doakan perajurit negara agar dikuatkan iman dan taqwa kepada Allah. Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan. Selamat Berjuang Pahlawan Semoga Beroleh Kemenangan !!!

Sumber : FB

Saturday, 9 March 2013

#LahadDatu : Seorang Lagi Pengganas Sulu Mati Ditembak !!!


Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.  


Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.

Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.

Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.

"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive