Wednesday, 13 March 2013

.#LahadDatu : Malaysia Akan Mulakan Serangan Ofensif #PrayForSabah


Malaysia berada di landasan yang benar apabila melakukan serangan ofensif terhadap pengganas Sulu demi kedaulatan negara selepas insiden pencerobohan itu meragut nyawa anggota pasukan keselamatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Percayalah apa yang kita lakukan ini adalah benar dan satu kebenaran...itu yang saya boleh katakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan jurucakap Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya "Sultan Sulu", Abraham Idjirani, kononnya Malaysia melanggar Konvensyen Geneva berhubung cara Malaysia menangani insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu.

Hishammuddin berkata kehilangan nyawa anggota pasukan keselamatan negara tidak berbaloi dengan tuduhan itu kerana Malaysia melakukannya demi negara tercinta. Beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada kepakaran Peguam Negara untuk mengkaji dakwaan Jamalul Kiram itu daripada segi perundangan. Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM),

Hishammuddin berkata semua pihak terlibat sedang bekerja keras untuk merealisasikan perkara itu dan perkembangannya sedang dipantau rapi. Katanya tiada sebab untuk perkara itu tidak dapat dilaksanakan walaupun menyedari hakikat bahawa kawasan ESSCOM melibatkan kawasan pantai sepanjang lebih 1, 400 kilometer untuk dikawal.

Sumber : fb

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive