Wednesday, 27 March 2013

Kenalilah Mereka....Siapa Mereka Sebenarnya ???

Pasukan Gerakan Am (PGA) POLIS HUTAN merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia.

Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.

Pasukan Gerakan Am diaturgerak, dilengkapkan dan dilatih khusus untuk sedia melaksanakan tugas semasa aman dan darurat.

Antara tugas semasa aman meliputi tugas mencari dan memusnahkan penjenayah yang bergerak atau bersembunyi di hutan belantara, meronda sempadan, pantai, pulau-pulau di perairan negara dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk kemasukan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pendalaman.

Ia juga membantu Polis Cawangan Tugas Am NKRA didalam tugas-tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan jenayah, mengepung dan memeriksa rumah – bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai.

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat para militeri ini telah mencapai banyak kejayaan terutamanya dalam menumpaskan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis, mengawal rusuhan dan kegiatan lanun di negara ini.

Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Disember 1989, maka tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir.

Dengan berakhirnya ancaman komunis, PDRM telah menggubal semula fungsi utama penugasan PGA.

Penugasan pasukan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive