Sunday 24 March 2013

#LahadDatu : Anak Mat Bom Ditahan !!! #PrayForSabah

SETELAH mendapat berita gembira yang diterima, Menteri Pertahana Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.

Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.

Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.

Ketika ditangkap, kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.

Justeru penahanan Ali yang juga anak lelakinya hidup-hidup semalam, merupakan satu lagi kejayaan besar pihak keselamatan negara dalam memburu  di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Tahniah pasukan keselamatan negara!

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive