Showing posts with label Esmail Kiram. Show all posts
Showing posts with label Esmail Kiram. Show all posts

Monday, 25 March 2013

Datu Amir Bahar Sempat Online Seminggu Sebelum Ditangkap #LahadDatu

Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap..!!!


Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu. Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi online facebook sehingga 15 Mac lalu.


Dengan tertangkapnya Amir Bahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat. Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.

Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.

Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.

Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.



GAMBAR DATU AMIR BAHAR DARI LAMAN FB ESMAIL D. KIRAM II SINI

Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.

Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.

WALL FB.... DATU AMIRBAHAR SINI

Thursday, 14 March 2013

Adik Jamalul Kiram III Pula Marahkan Malaysia #PrayForSabah

Esmail Kiram II berang dengan kegagalan abangnya, Jamalul Kiram II yang mula menyesal dengan tindakannya.

Esmail Kiram II kini bangkit dan cuba mengambil peranan untuk menggantikan Jamalul Kiram dengan mengugut kerajaan Malaysia berhubung operasi ketenteraan di Sabah.

Esmail mempertikaikan operasi tentera kita yang menentang pengikutnya di Sabah? Biar betul Esmail. Bermimpikah penulis dengan kenyataan Esmail itu?

Sepatutnya Esmail harus mempertikaikan dulu tindakan abangnya yang buta sebelah mata tu, kenapa harus menceroboh Sabah dengan bersenjata. Kalau rasa tak cukup bayaran tahunan USD 5300 kepada keturunan Sulu...bawa bincang. Bukan dengan cara membunuh dan berperang.

Esmail juga harus mempertikaikan tindakan tenteranya yang mengibarkan bendera putih tapi dalam masa yang sama melepaskan tembakan kepada polis Malaysia hingga menyebabkan kematian.

Esmail juga harus mempertikaikan mengapa tenteranya sanggup menggunakan orang awam sebagai benteng pertahanan.

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang wajib dijawab oleh Esmail dan pengganas Sulu. Jangan mudah sangat menuding kerajaan Malaysia tak berhati perut. Satu jaring anda menuding kerajaan Malaysia, sembilan lagi jari akan menuding anda semula.

Keturunan Kiram kini sedang menggelupur mencari talian hayat. Dahulu semasa ingin menceroboh Sabah, tidak terfikir pun hendak menggunakan saluran diplomasi iaitu melalui kerajaan Filipina. Kini apabila pengikutnya bakal dibenam dan akan menyaksikan tiada lagi generasi Kiram, maka mereka menggunakan saluran kerajaan Filipina untuk berbincang dengan Malaysia.- Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive