Saturday, 9 March 2013

#LahadDatu : Seorang Lagi Pengganas Sulu Mati Ditembak !!!


Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.  


Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.

Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.

Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.

"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya.

1 comment:

  1. anggota keselamatan msia perlu siap sedia walaupunpun pengganas kononnya sudah mengalah...... walaupun pun kg tanduo telah bersih dr saki baki pengganas......pengganans kejam itu licik...mgkin mrk sdg rancang strategi baru....... jgn bagi muka at kasiankaan pengganans kejam itu.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive