Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, 24 August 2012

RENUNGAN !!! ADAKAH RAMADHAN KITA DITERIMA ALLAH S.W.T ???



Generasi awal Islam merupakan generasi terbaik umat ini. Adalah sesuatu yang rasional untuk kita melihat contoh-contoh generasi terbaik ini. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali r.h.m membawakan beberapa contoh tentang kerisauan generasi salaf/tiga generasi terawal Islam berkaitan pengabulan amalan kebaikan mereka oleh Allah
s.w.t.
كان السلف الصالح يجتهدون في إتمام العمل و إكماله و إتقانه ثم يهتمون بعد ذلك بقبوله و يخافون من رده و هؤلاء الذين : { وَالَ�`ذِينَ يُؤ�'تُونَ مَا آَتَو�'ا وَقُلُوبُهُم�' وَجِلَةٌ أَنَ�`هُم�' إِلَى رَبِ�`هِم�' رَاجِعُونَ
Imam Ibn Rajab berkata: Generasi Salafussoleh berusaha bersungguh-sungguh dalam beramal dan menyempurnakannya. Selepas itu mereka akan menjadi sangat risau tentang penerimaan (Allah) ke atas amalan yang dilakukan. Mereka sangat takut jika amal-amal mereka ditolak. Mereka inilah yang disebut dalam ayat yang bermaksud: Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang penuh khuatir, sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka [Al Mu'minun : 60].

روي عن علي رضي الله عنه قال : كونوا لقبول العمل أشد اهتماما منكم بالعمل ألم تسمعوا الله عز و جل يقول : { إِنَ�`مَا يَتَقَبَ�`لُ اللَ�`هُ مِنَ ال�'مُتَ�`قِينَ}
Diriwayatkan bahawa `Ali r.a berkata: Mereka (generasi salaf) lebih mengambil berat tentang penerimaan amal berbanding dengan amal itu sendiri. Adakan kalian tidak pernah mendengar Allah s.w.t berfirman : Sesungguhnya Dia (Allah) hanya menerima (amalan-amalan) daripada mereka yang bertaqwa [al-Maidah : 27]


 و عن فضالة بن عبيد قال : لأن أكون أعلم أن الله قد تقبل مني مثقال حبة من خردل أحب إلي من الدنيا و ما فيها لأن الله يقول : { إنما يتقبل الله من المتقين }
Fudhalah bin `Ubaid berkata: Seandainya aku mengetahui Allah menerima amalan aku walau seberat biji benih, itu lebih aku cintai daripada dunia dan isinya. Ini kerana Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan-amalan) mereka yang bertaqwa.


قال ابن دينار : الخوف على العمل أن لا يتقبل أشد من العمل و قال عطاء السلمي : الحذر الاتقاء على العمل أن لا يكون لله
Ibn Dinar berkata: Perasaan takut bahawa amalan tidak akan diterima itu lebih kuat daripada amalan itu sendiri. `Atha' as-Salami berkata: Berhati-hatilah menjaga amal agar ia takut-takut ia dilakukan bukan kerana Allah.


و قال عبد العزيز بن أبي رواد : أدركتهم يجتهدون في العمل الصالح فإذا فعلوه وقع عليهم الهم أيقبل منهم أم لا قال بعض السلف كانوا يدعون الله ستة أشهر أن يبلغهم شهر رمضان ثم يدعون الله ستة أشهر أن يتقبله منهم
Abdul Aziz bin Rawwad berkata: Aku melihat generasi salaf sangat bersungguh-sungguh melakukan amal soleh. Apabila mereka telah melakukannya, timbul pula perasaan risau adakah amalan itu diterima atau tidak.

Sebahagian generasi salaf menyatakan : Mereka akan berdoa kepada Allah enam bulan (sebelum Ramadhan) agar Ramadhan dapat bertemu dengan mereka, kemudian mereka berdoa selama enam bulan (selepas Ramadhan) agar Allah menerima amalan-amalan mereka.



خرج عمر بن عبد العزيز رحمه الله في يوم عيد فطر فقال في خطبته : أيها الناس إنكم صمتم لله ثلاثين يوما و قمتم ثلاثين ليلة و خرجتم اليوم تطلبون من الله أن يتقبل منكم كان بعض السلف يظهر عليه الحزن يوم عيد الفطر فيقال له : إنه يوم فرح و سرور فيقول : صدقتم و لكني عبد أمرني مولاي أن أعمل له عملا فلا أدري أيقبله مني أم لا ؟
Pada satu hari raya Aidilfitri, Umar bin Abdul Aziz keluar lalu berkata di dalam khutbahnya: Wahai manusia! Sesungguhnya kalian telah berpuasa ikhlas kerana Allah selama tiga puluh hari. Kalian telah bangun beribadah di waktu malam selama tiga puluh malam, dan kalian telah keluar pada hari ini menuntut daripada Allah agar amalan-amalan kalian diterima.

Sebahagian generasi salaf, jelas kelihatan pada wajah mereka kesedihan pada hari raya Aidilfitri, lalu mereka disoal: Bukankah ini adalah hari untuk bergembira?Mereka menjawab: Engkau betul, akan tetapi aku adalah seorang hamba, Tuan aku menyuruh aku beramal, tetapi aku tidak tahu adakah Dia akan menerima amalan aku atau tidak.



رأى وهب بن الورد قوما يضحكون في يوم عيد فقال : إن كان هؤلاء تقبل منهم صيامهم فما هذا فعل الشاكرين و إن كان لم يتقبل منهم صيامهم فما هذا فعل الخائفين
Wahab bin al-Warid melihat sekumpulan manusia bergelak ketawa di hari raya, lalu dia berkata: Seandainya mereka adalah orang yang diterima puasanya, adakah ini perilaku manusia bersyukur? Jika puasa mereka tidak diterima, adakah ini perilaku manusia-manusia yang takut.


و عن الحسن قال : إن الله جعل شهر رمضان مضمارا لخلقه يستبقون فيه بطاعته إلى مرضاته فسبق قوم ففازوا و تخلف آخرون فخابوا فالعجب من اللاعب الضاحك في اليوم الذي يفوز فيه المحسنون و يخسر فيه المبطلون
Al-Hasan berkata: Sesungguhnya Allah menjadikan Ramadhan sebagai medan perlumbaan untuk makhluk-makhluknya berlumba-lumba melakukan ketaatan untuk memburu keredhaanNya. Sebahagian manusia mendahului perlumbaan lalu mereka lah yang menang. Sebahagian yang lain tercicir di belakang lalu merekan insan yang diulit kekecewaan. Sungguh pelik mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa pada hari kejayaan orang-orang yang baik, dan hari kerugian orang-orang jahat.

[Lathoif al-Maarif m/s 181]

------------------
Bukanlah tujuan tulisan ini menyuruh kita bersedih dan bergundah gulana di hari raya. Sungguh bergembira di hari raya adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Hanya sahaja tulisan ini satu sesi muhasabah awal kita di awal Syawal untuk kita membanyakkan doa agar amalan-amalan Ramadhan kita diterima Allah s.w.t.

Sunday, 12 August 2012

''QIAM WITH ME' - SEJARAH TERCIPTA DI KELANTAN


Sejarah tercipta di kelantan apabila berlangsung program ‘Qiam With Me‘ yang dilangsungkan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kelantan melibatkan seluruh rakyat kelantan dan sultan serta pembesar negeri.

Program Qiam With Me yang julung-julung kali diadakan tersebut telah mendapat sambutan luar biasa dari rakyat kelantan. Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.

Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak. Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V. Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat. Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.


- Gambar Sekitar ‘Qiam With Me‘ Di Kelantan

Tuesday, 7 August 2012

SIARAN LANGSUNG DI TV SWASTA PAKISTAN PEMUDA HINDU MASUK ISLAM



Seorang pemuda Hindu mengikrarkan diri masuk Islam atau menjadi mualaf dalam sebuah siaran Live di televisyen swasta di Pakistan.

Pemuda Hindu 20 tahun bernama Sunil masuk Islam pada hari Selasa 24/07 lalu dibawah bimbingan ulama Maulana Mufti Muhammad Akmal ketika siaran langsung bagi program Ramadhan di televisyen ARY.

Dilaporkan, para penonton di studio berteriak gembira dan mengucap tahniah kepada pemuda itu, dan menyarankan Sunil akan menukar namanya menjadi Muhammad Abdullah.

"Dua tahun lalu saya memperhartikan orang yang berpuasa selama Ramadhan. Tidak ada tekanan pada saya untuk menerima Islam, saya ingin masuk Islam atas kehendak saya sendiri," katanya.

-Sumber-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive