Showing posts with label Nasharudin Mat Isa. Show all posts
Showing posts with label Nasharudin Mat Isa. Show all posts

Saturday, 2 February 2013

SEPATUTNYA HJ HADI YANG DIBUANG DARI MAJLIS SYURA ...!!!


Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.









Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.

Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.

Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.

Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri.

Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.

Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.

Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.

Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?

Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.

Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?

Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.- Sumber

Thursday, 31 January 2013

"SAYA DI HUMBAN TANPA PROSEDUR YANG DITETAPKAN" - USTAD NASHA

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendakwa penggugurannya daripada Ahli Majlis Syura Ulama parti itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Beliau mendakwa pemecatan itu bukan saja tidak dimaklumkan melalui prosedur biasa, malah mengakui tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara berkenaan. 


Ahli Parlimen Bachok itu berkata, walaupun digugurkan daripada jawatan itu, perjuangan untuk mendaulatkan Islam tidak akan terpadam dan beliau akan bergerak dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam di negara ini. 

“Saya tidak terima sebarang surat sehingga kini, saya tidak tipu. Saya hendak tengok hitam putih mungkin disebut alasannya (pemecatan), tapi kalau ikut prosedur ia (cara pemecatan) tidak berapa kena. 

“Kalau ikut prosedur ia kena ada surat tunjuk sebab misalnya dan diikuti beberapa prosedur lain, tetapi sehingga kini saya tidak dimaklumkan apa-apa, saya hanya mengetahuinya melalui media,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat penubuhan ‘Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan’ di sini, semalam. 

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat 13 Januari lalu menggugurkan Nasharudin daripada jawatan selaku ahli majlis itu dengan alasan beliau gagal memberikan komitmen termasuk tidak menghadiri banyak mesyuarat.

Ditanya sama ada akan bertindak meninggalkan parti itu, Nasharudin berkata beliau hanya digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Syura namun menyifatkan wujud usaha untuk memecatnya daripada PAS. 

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan lawatannya ke Gaza bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca utama PAS untuk menyingkirkannya daripada memegang sebarang jawatan dalam parti. 

“Ada kemungkinan, kerana penyataan terbuka (PAS) selepas saya pulang dari Gaza, sedangkan sebelum ini saya pernah pergi banyak tempat dan saya pernah mewakili Speaker (Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia) berucap pada persidangan di luar negara. 

“Malah, saya pernah menyertai banyak rombongan bersama kerajaan sebelum ini, tetapi kemungkinan isu Gaza ini dijadikan penyebab (untuk dipecat),” katanya. 

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan dicalonkan, Nasharudin berkata: 

“Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab dipikulnya apabila tidak lagi dicalonkan bertanding.”

PT
Gelak sakanlah para pengikut Anwar dan juga Dap kerana berjaya menghumban keluar Ustad Nasha dari Majlis Syura. Nampaknya semakin hari semakin kuranglah ulamak yang berada dalam Pas...Pas semakin hancur !!!!

Monday, 28 January 2013

USTAD NASHA SUDAH DIHUMDAN DARI MAJLIS SYURA PAS !!!

Akhirnya Ustaz Nasha di pecat dari keahlian dari Majlis Syura. Malah beliau sekarang menjadi ahli biasa Pas. 

Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.



Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.

Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.

Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam. - Agendadaily

Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.

Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.

Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.

Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.

Sunday, 27 January 2013

TERCAPAILAH HAJAT PUAK2 SYIAH PAS BILA USTAD NASHA DIGUGURKAN ....



“Malahan media-media Arab memuji keberanian Perdana Menteri yang menjadi pemimpin Islam bukan dalam kalangan negara Arab masuk ke zon perang.”

“Kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin tetapi juga memberikan sumbangan-sumbangan bagi membantu mereka,” antara kata-kata Nasharudin kepada Utusan Malaysia. Bukan main lagi Nasharudin memuji Najib selepas kembali dari Gaza. Nampaknya kepulangan Nasharudin disambut dengan berita berikut;

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS January 26, 2013.

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. 

Thursday, 11 October 2012

VIDEO !!! PAS TIADA KAITAN DENGAN KENYATAAN NASHA - KHALID SAMAD









Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini berkata kenyataan bekas timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan PAS.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen berhubung dakwaan mengenai penganjuran doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian itu, Khalid berkata, kenyataan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa MP Bachok itu mengikut arahan "orang di luar PAS".

"Bagi saya tindakan direncana dan dirancang oleh orang luar PAS... Letak sajalah Umno... (Untuk) timbulkan masalah dalam Pakatan dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan apa-apa tindakan jika bercanggah dengan Islam majlis syura akan bersuara.

"(Nasharuddin) buat keputusan individu dan bukan majlis syura," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Beliau menyifatkan kenyataan Nasharuddin itu sebagai "politik murahan" dan Nasharuddin yang menganggotai majlis syura tidak pernah menimbulkan perkara itu dalam mesyuarat masjlis itu atau jawatankuasa PAS pusat.

Nasharuddin semalam mendakwa upacara doa itu diadakan selepas pilihan raya Sarawak tahun lalu.

Tambahnya, majlis syura tentunya menyuarakan tentangan ke atas perkara itu sekiranya dakwaan Nasharuddin itu benar.

"(Kenyataannyna) tak ada kena mengena dengan PAS. Kalau DAP nak buat laporan polis, (pengerusi nasional DAP) Karpal (Singh) hendak saman, itu hak mereka," katanya. - sinarharian




PT

Memang dah agak si Khalid Samad akan tuduh BN..katanya semua yang berlaku dan penyebab Ust Nasha mengelaurkan kenyataan adalah kerana anasir luar..Alahai puak2 Pas nih..mesti BN lah penyebab kekecohan dalaman pakatan mereka. Dah nampakkan..Pakatan Rapuh sudah menuju kegarisan penamat. Nampaknya impian dan harapan manusia Anwar untuk menaiki takhta PM tak tercapaila gamaknya....

Wednesday, 10 October 2012

DAP nafi doa Malaysia jadi negara Kristian, Laporan Polis Akan dibuat ke atas Nasha ???



KUALA LUMPUR, 10 Okt — DAP hari ini menafikan pernah menganjurkan majlis dan berdoa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, sebaliknya mereka hanya menganjurkan Majlis Kesyukuran selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis yang dianjurkan pada 16 April 2011 itu juga turut dihadiri pemimpin DAP yang beragama Buddha.

"Majlis itu turut dihadiri pemimpin utama termasuk Setiausaha DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen, yang beragama Buddha.

"Tuduhan Nasharuddin itu adalah tidak benar dan kenyataan itu tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (gambar) semalam mendakwa, satu majlis kesyukuran anjuran DAP yang diadakan di Sarawak tahun lalu telah mendoakan agar "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah supaya Malaysia menjadi negara Kristian.

"Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.

Wong turut menegaskan, dalam majlis itu mereka juga turut menjemput pemimpin tempatan daripada PKR dan PAS.

Wong turut menegaskan, dalam majlis itu yang diadakan di Kuching, Sibu, Sarikei, Bintangor, Bintulu, dan Miri, mereka juga turut menjemput pemimpin tempatan daripada PKR dan PAS.

“Kami tidak tahu Nasha maksudkan majlis yang mana.

“Kami tidak pernah mahu menukar Malaysia menjadi negara Kristian, kami faham Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi.

“Masyarakat Kristian hanyalah sembilan peratus daripada populasi di negara ini, mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian,” katanya lagi dan menambah, tiada sebab untuk menjadikan Kristian sebagai objek kebencian.

Justeru, pemimpin DAP itu turut menuntut Nasha untuk memohon maaf atas tuduhan yang berniat jahat tersebut, dan DAP juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sumber : The Malaysian Insider

NASHA TELAH CABAR MAJLIS SYURA - MAHFUZ



SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu. - sinarharian

Tuesday, 18 September 2012

DIA NI HANYA RETI PEGANG JAWATAN AP TAPI KHIDMAT KEPADA PENGUNDI KOSONG ???


BACHOK – Kemelut melibatkan Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa terjawab apabila Pas telah membuat keputusan muktamad untuk tidak menyingkirkan beliau daripada parti itu dan mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Majlis Syura Pas.

Biarpun pelbagai desakan dibuat oleh segelintir pemimpin parti namun keputusan yang dikeluarkan tetap memihak kepada beliau malah paling mengejutkan Pas juga dikatakan akan terus mengekalkan beliau sebagai calon yang mewakili parti itu bagi kerusi parlimen untuk pilihanraya umum akan datang.

Menurut sumber dalaman Pas Kawasan Bachok, keputusan itu amat mengejutkan memandangkan hampir 70 peratus ahli Pas di kawasan terbabit menolak Nasharuddin sebagai calon.

Katanya, tindakan itu akan jika diteruskan memungkinkan Pas kehilangan kerusi Parlimen memandangkan lawan beliau bukanlah calang-calang calon.

“Jika keputusan itu benar ia memang agak mengejutkan. Kita tahu beliau memang banyak berjasa bukan sahaja kepada Pas tetapi juga kepada umat Islam di negara ini namun apabila bila beliau meninggalkan kawasan tanpa mengambil peduli ia satu perkara perlu difikirkan secara serius oleh Pas baik negeri mahupun pusat untuk mengekalkan kedudukan beliau.

“Adalah lebih baik Pas memikirkan calon-calon lain yang ada di kawasan dan tidak kurang juga hebatnya mereka-mereka ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini, hari ini.

Isu mengenai calon kerusi Parlimen Bachok itu timbul selepas Majlis Syura Pas yang bersidang pada 9 September lalu memutuskan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Beliau berkata, ramai calon Pas yang telah lama bekerja keras untuk memastikan kemenangan parti itu di Bachok pada PRU akan datang.

Antara calon yang disebut bakal mewakili Parlimen Bachok adalah Ketua Pemuda Kawasan, Ahmad Marzuk Shaari, Setiausaha Pas Kawasan, Huzaimi Hussain dan beberapa calon lain termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, Datuk Omar Mohamad.

Sementara itu, Omar yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, sebelum ini menjelaskan, Pas Kawasan akan menerima siapa sahaja calon yang telah diputuskan oleh Negeri dan Pusat bagi menduduki kerusi Parlimen kawasan terbabit.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh parti tentunya akan selari dan kawasan akan menerima keputusan itu dengan hati terbuka bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas.

“Kita menerima apa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan parti yang tertinggi baik pusat ataupun negeri. Keputusan yang dibuat pimpinan Pas pusat dan negeri tidak akan berlawan dan begitu juga dengan Pas. Ketiga-tiganya mesti selari jadi barulah keluar siapa orang yang menjadi calon,” katanya.

Omar bagaimanapun berkata, sehingga kini Nasharuddin masih lagi kekal menjawat jawatan terbabit dan meneruskan khidmatnya.

Friday, 14 September 2012

MAJLIS SYURA TIDAK BINCANG ISU USTAD NASHA, NIK AZIZ TAK PUAS HATI SANGAT2 !!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pemimpin ulama parti itu yang juga ahli Majlis Syura Ulama.

Beliau menyifatkan Nik Abdul Aziz benar-benar mahu melihat Nasharudin dihukum kerana mengambil pendirian bertentangan dengan dasar parti apabila mendesak Pas mengkaji semula kerjasama dengan pakatan pembangkang.Menurut sumber dalaman Pas, Nik Abdul Aziz mula menunjukkan reaksi tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila mendapati agenda mesyuarat pada malam tersebut yang sepatutnya membincangkan isu Nasharudin langsung tiada dalam senarai sebagaimana diharapkan.

"Reaksi Tok Guru (Nik Abdul Aziz) begitu ketara selepas beliau meneliti agenda mesyuarat. Beliau nyata tidak berpuas hati dengan ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, malah, sepanjang 
mesyuarat, beliau begitu kerap melihat jam tangan sebagai tanda tidak selesa.

"Terdahulu semasa Nasharudin bersalam dengan beliau sebelum mesyuarat, Tok Guru dilihat bersikap dingin. Nik Abdul Aziz turut memberi alasan terpaksa meninggalkan mesyuarat awal kerana tidak tahan dengan kesejukan pendingin hawa di bilik itu," kata sumber itu yang juga pemimpin kanan Pas kepada Utusan Malaysia.
Menurut sumber sama, Nik Abdul Aziz meninggalkan majlis kira-kira pukul 9 malam dan mesyuarat itu kemudian dipengerusikan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita memberitahu isu Nasharudin tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, selain menegaskan bekas timbalannya itu masih kekal sebagai ahli parti dan ahli Majlis Syura Ulama.

Keputusan itu dilihat sebagai satu tamparan kepada golongan Anwarina' yang ternyata tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin termasuk terbaru apabila beliau membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama tersohor Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber sama memberitahu golongan Anwarinas sebenarnya berharap Nasharudin tidak hadir pada mesyuarat malam tersebut bagi membolehkan tindakan disiplin diambil tetapi hajat mereka terbantut apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu muncul kira-kira 10 minit sebelum majlis syura bermula.

"Mereka (golongan Anwarinas) sebenarnya sudah maklum dengan pendirian golongan ulama dalam majlis syura yang tegas mempertahan Nasharudin dan sebagai jalan terakhir untuk 'mengenakan' anak didik Allahyarham Datuk Fadzil Noor ini ialah berharap beliau tidak hadir mesyuarat.

Sunday, 9 September 2012

HARI MALANG BAGI USTAD NASHA - MAJLIS SYURA BERSIDANG



Hari ini , Majlis Syura Ulama PAS akan bersidang untuk menentukan untung rugi nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berikutan kenyataan kerasnya sekembali dari Mekah yang dianggap melanggar dasar parti.

Dalam kenyataan yang bersifat ultimatum itu, Ustaz Nasharudin telah meminta PAS mengkaji semula kedudukan dalam PR selepas DAP secara konsisten menolak dasar PAS yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sebagai perundangan negara.

Sebelum itu, penyiaran gambarnya yang dilihat mesra dengan Perdana Menteri sewaktu pertemuan khusus dengan beberapa orang ulama Arab Saudi di Mekah juga telah menerima kecaman keras dari ramai pemimpin PAS dari kumpulan Anwarinas.

Antara komen yang agak pedas termasuklah dari Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang secara terbuka menghalau Ustaz Nasharudin untuk segera keluar dari parti.

Berikutan kontroversi itu, Presiden PAS, Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik & Pilihanraya PAS Pusat selepas itu telah menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Sejak seminggu lepas, pelbagai usaha dan kempen secara terbuka dan berbisik hebat dijalankan oleh beberapa pihak dalam PAS untuk mempengaruhi pandangan ahli-ahli Majlis Syura agar mengikut telunjuk mereka.

Dilihat dari segi kempen dan kekuatan pengaruh ditambah pula dengan tekanan dari Nik Aziz sendiri yang cukup anti pada Ustaz Nasharudin, besar kebarangkalian senario ‘gantung sampai mati’ seperti yang menimpa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali akan berulang kembali.

Walaupun sejak beberapa hari lalu, beberapa orang pemimpin ‘ulama’ PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din kelihatan bertungkus lumus untuk mempertahankan hak Ustaz Nasharudin memberi pandangan yang berbeza, namun masih dilihat tidak cukup kuat untuk membendung pengaruh kumpulan Anwarinas yang didukung kuat oleh Nik Aziz.

Tambahan pula, jika sekiranya keputusan Majlis Syura memihak kepada Ustaz Nasharudin, impak buruknya agak menggoncang imej dan pengaruh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sekaligus akan memberi kesan besar dalam merobek kekuatan PAS di negeri Nik Aziz sendiri.

Menurut maklumat terbaru dari seorang pemimpin kanan PAS yang bersimpati dengan Ustaz Nasharudin, sedikit masa yang tinggal ini sebelum Majlis Syura bermesyuarat pada 9 September nanti adalah terlalu panas, hangat dengan kempen-kempen yang agak melukakan hati.

Katanya lagi, seperti sudah tiada peluang kedua untuk Ustaz Nasharudin, ruang demokrasi dan keadilan seperti sudah tertutup dalam PAS. Kalaupun Ustaz Nasharudin terlepas dari hukuman pun, berkemungkinan beliau akan di ‘peti sejukkan’ begitu sahaja.

Jika benar seperti dikatakannya, maka jelaslah 9 September kelak akan menjadi hari yang paling sial untuk Ustaz Nasharudin.

Sumber

Saturday, 1 September 2012

MAT SABU GROUP WANT NASHARUDIN BEING FIRED !!!



Hudud yang menjadi krisis tidak berkesudahan antara PAS dengan DAP kini merebak menjadi krisis dalaman di dalam PAS juga.   Ketegasan DAP untuk tidak berganjak dari pendirian meletakkan PAS yang telah sedia terpecah kepada dua kumpulan menjadi semakin parah.
Kumpulan pertama ialah kumpulan pro-Anwar dan talibarut DAP, manakala satu kumpulan lagi adalah pro-Ulama.    Seperti yang kita sedia maklum, ahli-ahli yang pro-Ulama masih menjadi tunjang kekuatan PAS walaupun ‘sisa-sisa’ ulama yang ada di dalam PAS semakin diragui ‘keUlamaannya’.
Ini kerana, Presiden dan Mursyidul Am PAS yang sepatutnya dari kumpulan Ulama juga sudah kelihatan seperti pro-Anwar dan talibarut DAP apabila mereka sering menjadi orang pertama membela DAP jika parti tersebut dikritik.
Begitu juga apabila berlaku pertembungan antara dua kumpulan ini, kedua pemimpin tertinggi PAS tersebut juga cenderung membela pemimpin PAS dari kumpulan pro-Anwar/DAP tetapi mengambil sikap berdiam diri atau berpendiran ‘kurang pasti’ apabila terdapat masalah yang membabitkan pemimpin dari kumpulan pro-Ulama.   Malah, mereka juga tidak teragak-agak langsung untuk memecat pemimpin dari kumpulan Ulama seperti Dato’ Dr. Hasan Ali apabila ‘perlu’, demi kesinambungan hubungan PAS-DAP.
Perkembangan semasa memperlihatkan kumpulan pro-Anwar/DAP kini diterajui oleh Mat Sabu.  Ironi sekali apabila kumpulan pro-Ulama pula nampaknya dijuarai oleh Nasharuddin Mat Isa yang telah kalah kepada Mat Sabu dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
Mat Sabu pastinya melihat pertelagahan Nasharudin-Karpal yang hangat diperkatakan kini sebagai satu percubaan Nasharuddin untuk kembali ke jawatan yang sebelum ini menjadi miliknya.   Dengan sokongan akar umbi yang semakin meningkat terhadap Nasharuddin, tidak mustahil Mat Sabu akan tersungkur jika bertanding jawatan tersebut sekali lagi.
Dikhabarkan bahawa sudah ada desas desus untuk mendesak PAS menggubal undang-undang agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.   Sudah tentu usaha ini adalah untuk menyelamatkan kedudukan Mat Sabu.
Dikhabarkan juga bahawa Mat Sabu sendiri tidak yakin akan sokongan terhadapnya apatah lagi apabila menyedari bahawa kemenangannya mengatasi Nasharuddin sebelum ini telah mencetuskan kehairanan di kalangan bukan sahaja ahli-ahli PAS, tetapi juga orang luar.
Tidak mustahil sekiranya kebimbangan Mat Sabu dan kumpulannya memuncak, maka mereka akan melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk mendesak Nasharuddin dipecat.
Jika sebelum ini  kumpulan mereka berjaya membuat Hasan Ali dipecat kerana mempertahankan murtad yang merupakan isu yang begitu besar bagi umat Islam, kenapa pula mereka tidak akan berjaya memecat Nasharuddin yang mempertahankan hudud yang hanya 1/10 dari tuntutan Islam?
Sehingga akhir-akhir ini, Anwar/DAP nampaknya sudah hampir berjaya sudah begitu hampir dengan kejayaan meliberalkan PAS sepenuhnya.  Langsung mereka tidak menyangka akan melalui halangan dalam bentuk kebangkitan akar umbi di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.
Apa yang berlaku ini mungkin meletakkan Nasharuddin sebagai hero oleh akar umbi PAS kerana berani mencuba untuk ‘melangkah mayat Karpal Singh’.
Hakikat yang mereka telah terlepas pandang ialah Nasharudin adalah hero yang kalah kerana beliau berada di dalam parti yang kalah dan salah.
Seorang hero sebenar pasti telah meninggalkan PAS setelah menyedari akan kesesatan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin atasannya.  Namun, seperti juga kebanyakan ahli politik yang gila kuasa, Nasharudin kekal di dalam PAS mengharap untuk melakukan ‘comeback’ ke jawatan tertinggi parti.
Nasharudin nampaknya mengambil sikap seperti semua pemimpin-pemimpin hipokrit dan dayus PAS yang lain dengan memilih untuk meneruskan perang mulut dengan DAP yang pastinya tiada kesudahan.
Tidakkah Nasharudin sedar bahawa selagi beliau berada di dalam PAS, selagi itulah beliau menjadi talibarut DAP dan bersama-sama membantu memenangkan DAP dalam PRU akan datang?
Jika benar Nasharudin ikhlas berdiri atas nama Islam, beliau tidak perlu menunggu agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi beliau yang harus menunjuk jalan dengan terlebih dahulu keluar dari PAS.
Kesimpulannya, Nasharudin dan Mat Sabu tiada bezanya.  Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi, talibarut kalaupun tidak barua kepada DAP

Tuesday, 28 August 2012

SIRI PEMIMPIN PEMBANGKANG DIAIBKAN !!!




Sebelum ini Nasharuddin Mat Isa telah dimaki dan dihina oleh pemimpin-pemimpin dan media pro-pembangkang. Beliau dianggap begitu jijik oleh rakan taulan pro-pembangkang.

Di antaranya :

Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti Nasharuddin Mat Isa mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Setiausaha Pemuda PAS Kelantan.


Selain daripada itu, bloggers pembangkang turut memainkan peranan besar untuk menghina dan memburuk-burukkan Nasharuddin Mat Isa.

Di antara kenyataan penghinaan tersebut:

Dengan pelbagai masalah disiplin dan berpendirian yang bertentangan dengan amal jamaiyy di dalam banyak hal, maka sewajarnya kedudukan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura disemak semula dan beliau sepatutnya digugurkan dari menganggotai majlis berkenaan.


Selain daripada itu, isu Nasharuddin bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah juga telah membuka pintu seluas-luasnya untuk rakan politik PAS menghentam dan menjatuhkan maruah Nasharuddin tanpa memikirkan consequences yang berlaku dek kelatahan mereka.

Sila baca di bawah :

PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang.
seterusnya


Dan kenyataan yang paling keras sekali ialah daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Dalam satu kenyataan di sidang media, beliau menyifatkan Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas.

Akan tetapi, segala penghinaan dan maki hamun terhadap Nasharuddin Mat Isa tertempelak kembali ke muka Hadi Awang, PAS Kelantan, Pemuda PAS Kelantan, bloggers pembangkang dan Pemimpin-pemimpin PAS yang lain apabila Ketua Dewan Ulama PAS menyokong Nasharuddin Mat Isa!

Bukan itu sahaja, Hadi Awang dimalukan apabila Ketua Dewan Ulama PAS menganggap Nasharuddin masih relevan!

Seriously, dimanakah Presiden PAS itu mahu menyorokkan muka beliau itu? Malunya!

Sila baca di bawah :

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Nasharudin Mat Isa serta menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan dalam perjuangan Pas.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan.

Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya.

Kenyataan terbuka Harun disifatkan sebagai tamparan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Nasharudin serta menyifatkan beliau sebagai masih relevan dalam mempertahankan maruah Pas, walaupun kritikannya terhadap parti agak keras.

"Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan.

"Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti," tegas Nor Azmi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak itu turut menggesa Majlis Syura Ulama agar mengadili Nasharudin dengan sebaik-baiknya dan memberikan bekas Timbalan Presiden itu untuk memberi penjelasan.

Sebelum itu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sidang media menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas - KLPos


Kita tunggu keputusan Majlis Syura PAS. Tetapi, walau apa pun keputusan Majlis Syura, rakyat sudah dapat menilai kerapuhan, ketidakefesienan dan pertelagahan hebat sesama kepimpinan PAS. Itu yang lebih penting dan bakal memudaratkan parti tersebut di PRU13 kelak.

Apa pun, di antara pihak yang melompat kegembiraan dek perbalahan sesama pemimpin PAS itu ialah parti DAP. Mahu tak mahu, PAS terpaksa akur kepada arahan DAP demi mendapat sokongan yang semakin merudum. - dr.mim

Friday, 24 August 2012

ISU NASHA !!! PAS AKAN BINCANG




Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu mengenai kenyataan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mungkin akan dibincangkan secara sepintas lalu dalam mesyuarat Biro Politik parti itu esok.

Bagaimanapun, fokus utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan mengenai isu politik dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.

''Esok mesyuarat politik dan akan bincangkan isu melibatkan soal politik, pilihan raya umum. Isu Nasha mungkin (dibincangkan) sepintas lalu sahaja.

''Dia bukan lagi dalam AJK (jawatankuasa PAS pusat). Dia dalam masjlis syura dan mesyuarat kita tidak akan fokus untuk dia," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut akan membuat apa-apa ketetapan mengenai MP Bachok tersebut, yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika diminta penjelaskan lanjut mengenai perkara itu juga menyatakan perkara sama.

"Tak ada yang khusus mengenai Nasha," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Isu mengenai perbincangan tersebut ditimbulkan oleh timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata isu Nasharuddin mungkin akan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat biro berkenaan.

Saturday, 18 August 2012

NASHA AKAN DISAMAN ???


Kata Karpal kepada Sinar Harian, Nasharudin hanyalah ‘ikan bilis’ dalam PAS. Namun begitu kerana bilis tersebut Karpal ingin menyaman. Sepatutnya kalau dah bilis, apa yang perlu dirisaukan.

Karpal memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

“Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,”

“Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,” kata Karpal.

Sepatutnya tak perlulah saman kerana sememangnya Karpal keras kepala terhadap hudud!!

Thursday, 16 August 2012

TOK PA TAK PERLUKAN PERTOLONGAN UNTUK RAMPAS KELANTAN ??


KUALA LUMPUR - Umno Kelantan tidak perlu kepada faktor 'Nasa' untuk menguasai negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Umno tidak memerlukan situasi sebegitu untuk memenangi hati rakyat sebaliknya yakin untuk menang dengan kekuatan sedia ada pada Umno dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

"Umno tak perlu peristiwa sebegitu tapi perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah di sini, malam ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas mengenai saranan Pemuda PAS Kelantan dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu yang mahu bekas timbalan presiden Pas, Nasarudin Mat Isa supaya keluar parti ekoran kenyataannya yang mengesa parti itu keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya DAP terus menentang hudud.

Ditanya sama ada Umno sedia menerima atau memberi tempat kepada Nasarudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, beliau berkata mengikut dasar parti, Umno terbuka kepada sesiapa sahaja.

Mustapa berkata saranan supaya Nasarudin keluar daripada Pas bukan perkara baru, malah telah pun berlaku sebelum ini, namun sehingga kini beliau masih kekal sebagai anggota Pas.

"Nasarudin seorang yang berfikiran terbuka dan ada pandangan berbeza daripada orang lain, dan atas dasarnya Umno juga sedia membuka pintu... dan ini tidak merujuk hanya pada Nasarudin," katanya.- Bernama

PT
Betul ke Tok Pa ? Umno tidak memerlukan sesiapa untuk memenangi hati rakyat serta merampas Kelantan dari tangan Pas. Aku tak faham lah dengan pemimpin UMNO Kelantan ni???

SAUDARA SEIMAN BAGI ISLAM, SAUDARA SEINSAN BAGI YANG BUKAN ISLAM - USTAD NASHA



SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai tanda akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini. -Sinar Harian




ahli & pemimpin UMNO adalah saudara seiman saya - Ustaz Nasha
Anda mungkin juga meminati:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive