Showing posts with label .Hj Abdul Hadi. Show all posts
Showing posts with label .Hj Abdul Hadi. Show all posts

Saturday, 2 February 2013

SEPATUTNYA HJ HADI YANG DIBUANG DARI MAJLIS SYURA ...!!!


Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.









Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.

Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.

Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.

Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri.

Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.

Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.

Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.

Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?

Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.

Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?

Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.- Sumber

Thursday, 24 January 2013

LOR NI NAK LELONG AGAMA KERANA NOK PUTRAJAYA !!!!

Dulu sibuk nak lelong Putrajaya, sekarang mereka mengidam pulak nak duduk Putrajaya. Tapi kalau niat asal nak lelong tu dah ada, maka rakyat kena hati-hati. Takut juga kalau Putrajaya dapat kat puok dio, dilelongnya betul-betul kat Israel, tak ke haru! Dan puak-puak ni sekarang semakin kuat hajatnya nak ke Putrajaya mungkin kerana dah ada yang nak beli lelongan mereka. Kalau jadi sungguh kaya la puok- puok langau hijau kali ni.



Banyak kali dah  solat hajat dibuat di Kelantan, semoleknya orang-orang Umno pun hadir sama biar  Nik Aziz teruja dan bertambah yakin tetapi dalam berhajat tu, mohonlah agar PAS dan puak Pakatannya dijauhkan dari menghampiri Putrajaya.

1. PAS nampaknya semakin yakin pusat pentadbiran Persekutuan bakal ditakluk.

2. Kabinet bayangan pun berada di ruang siber (betul ke??)

3. Kata nista terdahulu kebencian Putrajaya sudah dilupakan. "Kita akan lelong Putrajaya !" kata seorang pemimpin muda ketika berceramah di Taman Melewar. "Dr. Mahathir pun kita akan lelong" retoriknya sekali lagi. Kata-kata ini masih ternyiang di gegendang telinga saya.

4. Ah! lupakan omongkan dulu. Dulu lain, sekarang lain. Dulu kita tidak pernah bermimpi hendak ke Putrajaya. sekarang sekutu kuat, PKR kuat, DAP pun kuat.

5. Pilihanraya ke-13 semakin hampir. Banyak ramalan-ramalan telah dibuat. Hanya sotong "Paul" sahaja tidak berguna bagi meramal.

6. Orang bijak dari UNIMAS baru-baru ini dilapor oleh Bernama bahawa hasrat PR (payung gagasan yang PAS bernaung) untuk ke Putrajaya mungkin terhalang kerana Berneo masih setia dengan BN.

7. PKR Sibu bukan penentu bahawa PR sudah bertapak di Sarawak kata penganalisa itu. Begitu juga PKR Hulu Selangor bukan bermaksud PR hilang kuasa di semenanjung kata blogger PAS. Jika begitu kedudukan 50:50 kata saya.

8. Jika dulu agak cerah 70:30 ketika Abdullah memegang tampuk negara. Tapi kini era DS Najib agak bekerja keras.

9. 1Malaysia cukup liat. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Agenda "rakyat" ditiru dari agenda "Ketuanan Rakyat" PR. Apa lagi yang hendak diperjuangkan oleh PR?

10. Bagi PAS yang ada hanya doa dan usaha. Adakah hasrat PAS untuk ke Putrajaya akan termakbul??.


PT
Sekarang Pas sanggup menjual agama demi menjadi tuan pada Putrajaya. Pas semakin terdesak sehinggakan Nik Aziz dan Haji Ha Di sanggup dan akur dengan Dap mengenai isu kalimah Allah kepada penganut kristian. Tetapi mujurlah ada segelintir pemimpin Pas yang tak bersetuju dengan dua orang tua nyanyuk dan memutuskan menolak penggunaan kalimah Allah pada Bible kristian.

Si nyanyuk dua orang tu boleh pulak membuat u-turn dengan menyokong keputusan Majlis Syura Pas yang menolak kehendak tua dua orang tu. Sekarang mereka sedang berkira-kira untuk mendapatkan Putrajaya menjadi milik mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive