Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Thursday, 17 April 2014

Karpal Maut Dalam Nahas

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk. Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005. Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'. Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Sunday, 19 May 2013

Tunku Aziz Cukuplah Serang Dap - Kapal Sing

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.

"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.

"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.

"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad. Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.

Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.

Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.

"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.

Sumber

PT
Dasar manusia gila tak bertempat,  kalau kena dengan batang hidung puak - puak mereka mulalah bagi amaran supaya hentikan membuat kenyataan berkaitan parti mereka.

Dasar manusia yang hipokrik tak bertempat inilah jadinya kesalahan tak pernah nampak. Kesalahan orang lain secepat  kilat dicanang seluruh dunia.

Saturday, 16 February 2013

SANGGUPKAH HARUN DIN TINGGALKAN PARTI KESAYANGANNYA ???

Benarkah Dato Harun Din dikhabarkan telah keluar dari PAS atas sebab-sebab tertentu? Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Menurut sumber dari rakan blogger memberitahu punca Dato Harun Din meninggalkan PAS disebabkan rasa tidak puashatinya terhadap Karpal Singh kerana sering kali mencampuri urusan dalaman PAS terutama sekali dalam isu kalimah Allah yang telah diputuskan oleh Majlis Syura baru-baru ini.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang dilihat cuba memperlekeh keputusan Majlis Syura PAS kerana berdegil mahu Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ini, beberapa buah blog pro Kerajaan telah mendedahkan pertemuan sulit Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu di kediamanya.

Turut dimaklumkan bahawa di dalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

PAS kini diibarat seperti loji najis yang sudah tersubat dengan segala kotoran dan tidak lagi boleh diselamatkan. Segala macam jenis parasit telah bersarang dalam PAS dan kini hanya menunggu masa untuk menjadikan parti politik yang menggunakan label Islam itu sebagai sebuah parti politik liberal dan sekular seperti mana rakan mereka dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR.

Jika benar berita Dato Harun Din keluar dari PAS seperti yang digembar-gemburkan oleh para blogger, ia bukan sahaja rahmat besar buat Umno-BN tetapi rahmat untuk PKR dan DAP juga. Rakan PAS ini menganggap Dato Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am adalah penghalang utama agenda besar Pakatan Pembangkang terutama sekali dalam isu 'pengadaian' kalimah Allah kepada pihak Kristian.

Apa yang penulis harapkan, semoga khabar angin yang sedang tersebar ini adalah benar. Bagi penulis sudah tiba masanya Dato Harun Din memikirkan kembali kedudukanya baik dalam Majlis Syura dan juga parti.

PAS kini sudah tepesong jauh dari landasan perjuangan asalnya dan dilihat sukar kembali ke pangkal jalan akibat terlalu teruja ingin menumbangkan UMNO dan mengejar kuasa di Putrajaya. - Sumber

Sunday, 10 February 2013

[VIDEO] MAT SABU AGUNGKAN KARPAL DAN DAP ???



Video yang memaparkan Mat Sabu di majlis makan malam Dap dan mengagung-agungkan Dap. Mat Sabu menyatakan beliau tidak mahu orang lain selain dari Dap menjadi rakan Pas. Inikah seorang manusia yang terang-terang menyokong perjuangan Dap untuk menjadi Presiden Pas satu masa nanti?

Ternyata penyokong Pas masih sayang dan mahu presiden mereka dari penyokong Syiah yang sesat. Antara keburukan Syiah adalah melaga-lagakan Ahli Sunnah sesama sendiri, sama seperti apa yg dilakukan oleh Yahudi. Ramai pengikut PAS & UMNO telah termakan dakyah ini iaitu mereka saling benci membenci antara satu sama lain. 

Saturday, 5 January 2013

[VIDEO] YANG MEMBUATKAN LIM GUANG ENG MELELEH AIR LIUR ???



Video yang dicipta khas untuk si mangkuk Lim Guang Eng dan si Kapal Sink Wheel Chair....Dok tunggu gapo lagi maghrilah pakat tengok video terhebat ni....- SUMBER


Thursday, 20 September 2012

BIAR BETUL !!! SANGGUP DIMAKI KARPAL ASALKAN DAPAT JADI HAMBA DAP ???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan sesetengah akhbar yang hanya mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai hudud dan pendirian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sedangkan kata beliau, akhbar-akhbar berkenaan tidak mempertikaikan pendirian Umno yang tidak mahu meminda Perlembagan Persekutuan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, hukum hudud bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh "Kerajaan Umno", yang dilaporkan bertentangan dengan hukum tersebut.

"Selepas mesyuarat Exco pagi tadi, saya ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan.

"Tapi saya rasa sekarang Umno yang berkuasa hari ini dan menghalang hudud ialah Umno," kata beliau menerusi laman sosial Facebook semalam, mengulas perkembangan terbaru polemik pelaksanaan hukum hudud.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Karpal memberi amaran dengan pendirian Nik Aziz yang akan tetap mahu melaksanakan hudud dan bakal memberi kesan tidak baik kepada pembakang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian baru Nik Aziz.

Justeru, Nik Aziz menambah jika Perlembagaan Persekutuan sendiri bertentangan dengan hudud, ia sendiri perlu dipinda. -sh


PT

Kalau betul nak buat hudud buat sajalah jangan banyak alasan itulah inilah dah hukum tuhan jalankan sajalah, kalau betul2 nak tegakkan hukum tuhan peduli apa dengan perlembagaan. Ini tidak, dekat2 dengan PRU maka timbulkan lah soal hudud. nampak sangat nak meraih simpati rakyat, terutama rakyat Kelantan yang cepta percaya apa saja yang keluar dari mulut MB mereka. Tau sokong membabi buta dan sanggup dibutakan mata dan hati bertahun2 lamanya.




Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Thursday, 13 September 2012

HUDUD - KARPAL TETAP PERJUANG KESEORANGAN UNTUK HALANG ???


KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh berjuang berseorangan untuk menghalang PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, selain Karpal, tiada mana-mana ahli dalam parti itu yang bersuara lantang menentang undang-undang itu.

Dr Chua berkata, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pernah berkata parti itu akan mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan digubal bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan selepas pembangkang berjaya membentuk kerajaan.

“Dia berkata semua Ahli Parlimen beragama Islam akan komited melakukan perkara ini. Terdapat kira-kira 150 Ahli Parlimen beragama Islam, di mana lebih dua pertiga daripada jumlah wakil di Dewan Rakyat.

“Jadi, DAP perlu melakukan sesuatu untuk menyakinkan kita bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan sekiranya pembangkang menang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini, Selasa.

Dalam perkembangan lain, Dr Chua mendakwa pembangkang mempengaruhi golongan muda untuk mengadakan demonstrasi menentang kerajaan.

“Oleh kerana pembangkang berjaya menghasut kebencian terhadap pemimpin Barisan Nasional, kebanyakan mereka yang menghadiri majlis politik tidak mahu berjabat tangan dengan kami,” katanya. – mStar Online

Saturday, 18 August 2012

NASHA AKAN DISAMAN ???


Kata Karpal kepada Sinar Harian, Nasharudin hanyalah ‘ikan bilis’ dalam PAS. Namun begitu kerana bilis tersebut Karpal ingin menyaman. Sepatutnya kalau dah bilis, apa yang perlu dirisaukan.

Karpal memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

“Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,”

“Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,” kata Karpal.

Sepatutnya tak perlulah saman kerana sememangnya Karpal keras kepala terhadap hudud!!

Sunday, 12 August 2012

BIAR BETUL !!! HAJI HADI RELA SOKONG TINDAKAN DAP TOLAK HUDUD ???


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.

“Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.

“Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.

“Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.

Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.”

Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.

Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

Saturday, 4 August 2012

WAHAI PENYOKONG PAS TENGOK TAK BULETIN UTAMA TV3 - APA KATA KARPAL


DAP tetap dengan pendiriannya tak akan terima negara islam dan hukum hudud tetapi masa debat hari tu, Cakap DAP dah boleh terima. Kuat la AUTA pak ostad dan lebai KOREY Pas..

Cakap memang senang macam tabur janji juga.

PT
Adakah Karpal Singh pun sudah dibeli oleh Umno? Atau TV3 saja guna suara orang lain semasa Karpal Singh di temu bual? Yang nyata si Karpal memang sampai bila2 takkan terima cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukum hudud.. Lain kali jangan dok kecek belawok dan kecek bual kepada rakyat jelata terutama penyokong TEGAR Pas!!!!

Tuesday, 24 July 2012

BIAR BETUL !!! NASA TANTAWI BUAT PERMOHONAN MAAF HARI INI ??


Bukan sebab apa. Sebab dia secara terang - terangan telah menipu seluruh umat Islam dengan mengatakan yang Si Karpal Sink bersetuju untuk melaksanakan Hudud.

Hakikatnya, semua orang tahu yang Si Karpal Sink tak akan bersetuju dengan perkara tersebut. Sampai mati pun dia takkan bersetuju.

Jadi, untuk apa sebenarnya Si Nasa Tantawi membuat penipuan secara terbuka dalam sesi perdebatan dia baru - baru ini? 

Nampak sangat la PAS dah terdesak nak mendapat sokongan ahli yang semakin hilang kepercayaan kepada mereka!!! Kalau dia mampu menipu secara terang - terangan macam tu, takkan dia tak mampu nak mintak maaf secara terbuka kot!!!
KUALA LUMPUR 22 Julai - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan diselar atas tindakannya berbohong ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya Khamis lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, tindakan Nasrudin memutarbelit fakta, terutama berhubung kompromi Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya.

"Nasrudin membuat penipuan terbuka, kononnya pakatan pembangkang menerima hukum hudud padahal pendirian Karpal diketahui umum sebagai pembantah utama hukum tersebut, dia sememangnya tidak akan berganjak.

"Kata Nasrudin, itu pendirian Karpal dua puluh tahun lalu, sekarang sudah berubah. Ini merupakan pembohongan sangat besar kepada rakyat negara ini," ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Debat anjuran sebuah akhbar tempatan itu mengupas topik bertajuk Pilihan Raya Umum Ke-13: Orang Muda Pilih Siapa? di sebuah stesen televisyen tempatan.

Jelas Mohd. Razlan, pembohongan kedua terbesar yang dilakukan oleh Nasrudin pula adalah ketika mendabik dada mengatakan Pas sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang meskipun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Kata beliau, secara jelas Pas merupakan parti tidak dominan dalam pakatan yang dilihat lebih dikepalai oleh DAP berbanding parti-parti komponen yang lain.

Beliau berkata, tindakan Ketua Pemuda Pas itu cuba memesong fakta sudah cukup menjawab tajuk topik perdebatan berkenaan, iaitu orang muda akan tetap memilih pemimpin yang tidak berbohong.

"UMNO kekal pendaulat utama orang Melayu di negara ini. Sekiranya mereka kalah pada pilihan raya akan datang, nescaya kaum itu akan turut mengikut merundum bersama parti berkenaan," katanya.
Sumber  

Monday, 11 June 2012

BIAR BETUL !!! KARPAL SINGH DIGANGGU MAKHLUK HALUS??


Adakah kerana Penipuan demi penipuan Anwar yang kononnya 2 YB BN Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin tidak juga-juga menyertai Pakatan sebagaimana yang dijanjikannya kepada Karpal?

“Dia (Karpal) sudah mula bercakap-cakap seorang diri dah,” kata pengirim email yang tidak mahu namanya dinyatakan di sini.

Difahamkan oleh kerana Karpal Singh sudah melalut seorang diri, beliau terpaksa diberi ubat ‘delirium’ iaitu sejenis ubat untuk pesakit yang khayal atau separuh sedar untuk menenangkan dirinya.
Apa itu DELIRIUM?

1. Delirium
Ianya dicirikan oleh gangguan kesedaran dan perubahan pada pemikiran (cognition) yang terjadi pada jangka masa yang singkat. Gejala yang mencirikannya adalah gangguan pada kesedaran dan gangguan pemikiran yang global. Abnormaliti lain iaitu pada mood, persepsi dan kelakuan adalah gejala psikiatri yang kerap berlaku ; tremors, asterixis, nystagmus, incoordination, dan urinary incontinence adalah gejala-gejala neurologikal yang kerap berlaku.

Delirium bermula dengan tiba-tiba (dalam masa jam atau hari), dan berterusan pada jangka masa yang singkat dan berubah-ubah intensitinya, dan pulih juga dengan cepat apabila penyebabnya dikenalpasti dan dipulihkan. Walaupun begitu setiap ciri-ciri ini boleh berbeza dari satu pesakit kepada pesakit yang lain.

Delirium adalah satu sindrom dan bukan penyakit, ianya mempunyai banyak penyebab, dan kesemuanya mengakibatkan corak gejala yang seakan serupa, iaitu gangguan pemikiran dan tahap kesedaran.
Sindrom ini juga dikenali oleh nama-nama lain seperti, acute confusional state, acute brain syndrome, metabolic encephalopathy, toxic psychosis, dan acute brain failure.

Sindrom ini perlu dikenalpasti dan dirawat dengan segera kerana boleh mengakibatkan komplikasi. Komplikasi yang dimaksudkan adalah kecederaan yang tidak disengajakan kerana pesakit dalam kekeliruan atau koordinasi yang lemah atau kerana ikatan fizikal yang terpaksa dilakukan. Kegelisahan dan keganasan kelakuan boleh menganggu persekitaran wad.

Sumber : Jiwa Paradox

Friday, 25 May 2012

KEBENGONGAN KARPAL SNGH SEMAKIN MENYERLAH??


Apa motif sebenar si Karpal Singh nak sensasikan  isu ni? Tapi bagus jugak sebab nampak sangat pemimpin2 PR memang tak sekepala, tidur satu bantal tetapi yang pasti mimpi mereka sampai bila2 takkan sama. 

Beberpa laporan terkini akhbar pasal isu ni.

Utusan melaporkan:

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.

Malaysiakini melaporkan:

Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya. - Mkini.

Harakahdaily pulak melaporkan:

Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama. - .Kalau tengok dari 3 laporan tu, memang tak perbezaan langsung, seiya sekata, tak kira apa bangsa memang sebenarnya pun boleh jadi PM kalau dapat sokongan majoriti di Parlimen. Semdiri fikirlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive