Showing posts with label harun din. Show all posts
Showing posts with label harun din. Show all posts

Friday, 12 April 2013

#GE13 : Terkini !!!! Solat Hajat Untuk Stopa Ali - Haji Hadi #tolakPR #Vote4BN


Kuala Terengganu:- Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan membuat solat hajat utk mencari kebenaran berhubung penyebaran video seks babitkan pemimpin parti itu.

Tanpa menyatakan sama ada beliau percaya atau tidak, individu berkenaan adalah pemimpin pas, abdul hadi berkata, beliau tidak mahu menuduh sesiapa.

Sementara itu, mengenai khabar angin tmbalan Mursyidul Am Pas,  Haron Din keluar pas, beliau berkata isu itu tidak munasabah.

Ini kerana katanya Haron adalah calon pas di Perlis - BH Trg

Monday, 8 April 2013

#GE13 : Hancur Lebur !!! Konflik PKR vs PAS Perlis - Terlalu Kotor Politik Golongan Ulamak #tolakPR #PRU13 #vote4BN


PAS menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukan lagi satu rahsia, sama seperti PAS menolak DAP juga bukan rahsia. Namun, yang menolak Anwar dan DAP ini bukanlah semua, tetapi hanya terhad kepada golongan Ulama saja. Manakala, di kalangan pencacai atau penyokong bawahan PAS yang buta tuli, kabur dan kosong itu pula, langsung tidak tahu apa-apa dan hanya menyokong dan mempercayai apa saja yang disogok oleh kitab ‘suci’ Harakah.

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa golongan Ulama yang menolak Anwar memilih Haron Din sebagai wakil untuk memberitahu Anwar secara terus terang bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu, satu gerakan besar-besaran dilakukan untuk mengsabotaj Anwar termasuk di dalam ceramah-ceramah PR.

Antaranya, di salah satu ceramah di negeri Perlis, pihak pengerusi Majlis telah ‘mengenakan’ penceramah PKR dengan memberikan teks untuk pengumuman yang mana terkandung di dalamnya nama 3 calon PAS bagi Parlimen negeri itu sekali gus menafikan permintaan PR untuk parlimen Kangar.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dikatakan antara yang kecewa dengan pengumuman itu kerana Anwar telah menjanjikan kerusi parlimen untuknya. Kekecewaan tersebut bertukar marah apabila Anwar langsung tidak berbuat apa-apa untuk membelanya ataupun parti PKR. Malah, Anwar langsung tidak berani mengumumkan nama-nama calon PR.

Setakat ini, 8 DUN yang berpotensi menang di Perlis, semuanya dibolot oleh PAS.

Begitulah sekali licik PAS mempermainkan rakan-rakan sekutunya sehingga sanggup mengsabotaj teks ceramah. Nampaknya, PAS benar-benar berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara dalam mencari jalan untuk berkuasa.

Oleh itu, tidak salahlah jika UMNO sering mempertikaikan kedudukan PAS sebagai parti Islam. Ini kerana di dalam Islam, ketulusan dan keikhlasan adalah tonggak keimanan. Tanpanya, apa saja yang dibuat tidak akan membawa makna. Tidak ada ungkapan ‘matlamat menghalalkan cara’ di dalam Islam kerana Islam menuntut umatnya agar sentiasa menggunakan cara yang benar walau apapun yang terjadi.

Kita difahamkan bahawa sebelum ini, Haron Din ada didatangi Anwar yang telah menghidu akan penolakan terhadapnya dari golongan Ulama PAS. Tetapi, Haron Din telah bertindak berdolak dalih dan berbohong bagi menenangkan Anwar walaupun sebelum itu telah pun bersepakat untuk menolak Anwar. Bukankah berbohong merupakan satu dosa? Kenapakah seorang Ulama perlu berbohong dalam soal yang beliau boleh berterus terang?

Jelas, Haron Din bermain politik yang paling kotor di mana beliau dan seluruh golongan Ulama PAS sanggup selama ini berpura-pura menyanjung Anwar sehingga sanggup menidakkan bukti jelas mengenai skandal Anwar. Tidak cukup dengan itu, golongan Ulama ini juga dengan sengaja memfitnah sebagai UMNO memfitnah Anwar, semata-mata untuk membela Anwar.

Mereka juga sanggup mempermainkan ayat Al-Quran, soal sumpah, soal 4 saksi dan sebagainya, semata-mata untuk menyesuaikannya dengan keadaan yang mana memberi kelebihan kepada Anwar. Walhal, di dalam hati mereka cukup maklum tentang kebenaran mengenai salahlaku Anwar.

Sehinggakan ke hari ini, di ketika Haron Din sedang mengatur gerakan besar-besaran untuk menyingkirkan Anwar, masih ada lagi pencacai PAS yang buta tuli, kabur dan kosong yang berterusan membela Anwar kerana berpegang teguh kepada apa yang diperkatakan oleh golongan Ulama itu mereka sebelum ini.

Kita ingin bertanya Haron Din, kenapa tidak menolak Anwar secara terbuka sahaja? Iaitu tampil mengakui bahawa PAS percaya bahawa Anwar sememangnya tidak bersih agar pencacai-pencacai tadi kembali ke pangkal jalan? Kenapa Haron Din sanggup membiarkan penyokong mereka sendiri terus tersesat menyanjung dan memuja Anwar?

Bercakap tentang hal ini, kita sebagai saudara seagama turut merasa malu. Tidak tahu apakah yang lebih busuk antara ‘DAP memperkudakan PAS kerana PAS bodoh dan gila kuasa’, atau ‘PAS menikam belakang DAP dan PKR kerana gila kuasa’. 

Dalam kata lain, kita tidak tahu mana lebih buruk antara ‘PAS yang bodoh’ atau ‘PAS yang jahat’.

Jika caranya saja sudah salah dan bertentangan dengan Islam, apakah jaminan yang PAS akan dan mampu mempertahan dan melaksanakan agenda Islam sekiranya mereka memerintah?

PAS sudah terlalu kotor nampaknya. Jubah yang dipakai juga sudah tidak mampu lagi menutup najis yang bersememeh, bertakung dan busuk. Segala sifat amarah, fitnah, putar-belit, dengki, iri hati, cemburu, dendam, benci, gila kuasa telah menjadi cara hidup ‘umat PAS’ yang dipromosi oleh Ulama mereka.

PAS wajib membersihkan diri jika ingin terus memakai nama Parti ‘Islam’ SeMalaysia. Sesungguhnya, tiada apa lagi yang Islam di dalam PAS kecuali nama, slogan dan sebutannya saja. Jubah dan serban yang dipakai Ulamanya itu juga bukan lambang Islam, tetapi lambang budaya Arab.

Bak kata seorang Ulama dari Indonesia yang menyampaikan kertaskerja di dalam program Islam di Nusantara baru-baru ini, “Islam itu tidak ada imej atau bentuk tertentu kerana ia adalah untuk semua bangsa di dunia. Malah, kubah pun bukanlah lambang atau bentuk binaan Islam tetapi hanyalah berdasarkan budaya sahaja.”

Mungkin inilah antara sebab musabab Kaabah itu bentuknya segi empat, tanpa ukiran atau tanda apa-apa supaya manusia tidak meletakkan imej atau bentuk tertentu bagi menggambarkan Islam, lalu taksub dan keliru pula mengenainya.

Saturday, 16 February 2013

SANGGUPKAH HARUN DIN TINGGALKAN PARTI KESAYANGANNYA ???

Benarkah Dato Harun Din dikhabarkan telah keluar dari PAS atas sebab-sebab tertentu? Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Menurut sumber dari rakan blogger memberitahu punca Dato Harun Din meninggalkan PAS disebabkan rasa tidak puashatinya terhadap Karpal Singh kerana sering kali mencampuri urusan dalaman PAS terutama sekali dalam isu kalimah Allah yang telah diputuskan oleh Majlis Syura baru-baru ini.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang dilihat cuba memperlekeh keputusan Majlis Syura PAS kerana berdegil mahu Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ini, beberapa buah blog pro Kerajaan telah mendedahkan pertemuan sulit Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu di kediamanya.

Turut dimaklumkan bahawa di dalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

PAS kini diibarat seperti loji najis yang sudah tersubat dengan segala kotoran dan tidak lagi boleh diselamatkan. Segala macam jenis parasit telah bersarang dalam PAS dan kini hanya menunggu masa untuk menjadikan parti politik yang menggunakan label Islam itu sebagai sebuah parti politik liberal dan sekular seperti mana rakan mereka dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR.

Jika benar berita Dato Harun Din keluar dari PAS seperti yang digembar-gemburkan oleh para blogger, ia bukan sahaja rahmat besar buat Umno-BN tetapi rahmat untuk PKR dan DAP juga. Rakan PAS ini menganggap Dato Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am adalah penghalang utama agenda besar Pakatan Pembangkang terutama sekali dalam isu 'pengadaian' kalimah Allah kepada pihak Kristian.

Apa yang penulis harapkan, semoga khabar angin yang sedang tersebar ini adalah benar. Bagi penulis sudah tiba masanya Dato Harun Din memikirkan kembali kedudukanya baik dalam Majlis Syura dan juga parti.

PAS kini sudah tepesong jauh dari landasan perjuangan asalnya dan dilihat sukar kembali ke pangkal jalan akibat terlalu teruja ingin menumbangkan UMNO dan mengejar kuasa di Putrajaya. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive