Saturday 16 February 2013

SANGGUPKAH HARUN DIN TINGGALKAN PARTI KESAYANGANNYA ???

Benarkah Dato Harun Din dikhabarkan telah keluar dari PAS atas sebab-sebab tertentu? Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Menurut sumber dari rakan blogger memberitahu punca Dato Harun Din meninggalkan PAS disebabkan rasa tidak puashatinya terhadap Karpal Singh kerana sering kali mencampuri urusan dalaman PAS terutama sekali dalam isu kalimah Allah yang telah diputuskan oleh Majlis Syura baru-baru ini.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang dilihat cuba memperlekeh keputusan Majlis Syura PAS kerana berdegil mahu Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ini, beberapa buah blog pro Kerajaan telah mendedahkan pertemuan sulit Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu di kediamanya.

Turut dimaklumkan bahawa di dalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

PAS kini diibarat seperti loji najis yang sudah tersubat dengan segala kotoran dan tidak lagi boleh diselamatkan. Segala macam jenis parasit telah bersarang dalam PAS dan kini hanya menunggu masa untuk menjadikan parti politik yang menggunakan label Islam itu sebagai sebuah parti politik liberal dan sekular seperti mana rakan mereka dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR.

Jika benar berita Dato Harun Din keluar dari PAS seperti yang digembar-gemburkan oleh para blogger, ia bukan sahaja rahmat besar buat Umno-BN tetapi rahmat untuk PKR dan DAP juga. Rakan PAS ini menganggap Dato Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am adalah penghalang utama agenda besar Pakatan Pembangkang terutama sekali dalam isu 'pengadaian' kalimah Allah kepada pihak Kristian.

Apa yang penulis harapkan, semoga khabar angin yang sedang tersebar ini adalah benar. Bagi penulis sudah tiba masanya Dato Harun Din memikirkan kembali kedudukanya baik dalam Majlis Syura dan juga parti.

PAS kini sudah tepesong jauh dari landasan perjuangan asalnya dan dilihat sukar kembali ke pangkal jalan akibat terlalu teruja ingin menumbangkan UMNO dan mengejar kuasa di Putrajaya. - Sumber

3 comments:

  1. Dato. Harun din .. bila dia blah dari PAS tak tahu la?..berkenaan isu KALIMAH ALLAH..

    UNDI PAS = MCM SOKONG ANUAR GUNA 'KALIMAH ALLAH'

    BOLEH SYIRIK KE USTAZ HARUN DIN UNDI PAKATAN?

    MACAM MANA NAK JAWAP DEPAN ALLAH?.

    DATO HARUN DIN TUNGGU APA LAGI..????

    ReplyDelete
  2. ANDAINYA HARUN DIN KELUAR PAS KERANA KARPAL SINGH ATAU ANWAR MAKNANYA DIA TAK BETUL, ORANG YG TAKDE PRINSIP. DIA SEPATUTNYA KELUAR PAS KERANA ISLAM DEMI AGAMANYA.

    ReplyDelete
  3. setuju pendapat a12.00 pelik betul dengan ulamak pas ni...apa la yg ada dalam kepala otak diorang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive