Sunday 24 February 2013

PRU13 - 112,000 Polis Siap Sedia Jalankan Tugas

PETALING JAYA: Pasukan polis mula mengadakan latihan bagi semua anggotanya di seluruh negara, kecuali Sabah, sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, latihan selama dua hari itu yang melibatkan kira-kira 112,000 anggota daripada semua unit dan jabatan akan memberi tumpuan kepada senario yang berbeza iiatu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.
"Ia akan menguji kesediaan kami untuk sebarang kejadian yang tidak diingini," 
katanya pada Sabtu.

Menurut Salleh, latihan yang dikenali dengan kod nama 'X-Undi' itu adalah untuk memastikan bahawa kakitangan pasukan keselamatan berkenaan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam.

Beliau juga berkata polis akan memberi perhatian khusus kepada Perak yang dikenal pasti sebagai salah satu 'kawasan panas' dalam pilihan raya.
Bagaimanapun Salleh tidak menyatakan berapa banyak kawasan panas telah dikenal pasti namun mendedahkan bahawa ia termasuk negeri yang diterajui pakatan pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Jelas Salleh polis tidak boleh mengadakan latihan yang sama di Sabah kerana isu membabitkan pencerobohan di Lahad Datu.

"Latihan ini akan dijalankan di negeri berkenaa selepas isu berkenaan selesai," katanya.

Selain itu beliau turut menasihatkan semua parti politik supaya bertenang dan tidak melakukan sebarang kelakuan yang tidak senonoh sama ada sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

Di MUAR, polis Johor berkata, mereka mengenal pasti beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai kawasan panas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata anggotanya akan memantau kawasan-kawasan berkenaan dan cuba untuk 'menyejukkan' keadaan.
"Kita akan bertemu rakyat di kawasan tersebut untuk menasihati mereka agar mengelakkan tindakan provokatif," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis di balai polis lama Bukit Kepong.

Menurut Mohd Mokhtar, polis akan bertindak terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang tanpa mengira parti politik. - mStar Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive