Saturday 2 February 2013

KERJA SIA-SIA OLEH PENGGERAK ROYALTI PASIR PUTEH !!!!


PASIR PUTEH - Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Pasir Puteh meneruskan kempen tuntutan royalti bagi memaklumkan pemimpin peringkat pusat bahawa rakyat negeri ini serius dalam perkara tersebut.

Penggerak Royalti Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie berkata, bunting kempen itu dipasang di lokasi strategik di bandar ini bersempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin ke daerah ini, kelmarin.

Katanya, Royalti tidak akan berdiam diri sehingga Kelantan mendapat royalti yang kini tertunggak sebanyak RM7 bilion.

“Pengerusi Umno Kelantan juga sebelum ini mengakui beliau bertanggungjawab menyekat projek pembangunan di Kelantan dan hal ini sepatutnya membuka mata rakyat Kelantan yang masih memberikan sokongan kepada Umno,” katanya.

 

PT
Tuan Abdul Shakur demo tak tanya ke Nik Aziz duit kerajaan pusat bagi selama ni dia bawa pergi kemana...Satu lagi duit duit derma untuk bina lebuhraya rakyat dah berapa banyak dapat. Tak payah la susah-susah buat banner besar-besar tuan. Rakyat sudah kenal dan dapat membezakan siapa Nik Aziz sekarang dengan Nik Aziz dahulu. 

Cukup-cukuplah kena auta dengan Tok guru demo tu. Takkanlah puok-puok demo nak hidup dalam serba kekurangan dan kalau mengharapkan kerajaan pas Nik Aziz nak buat projek-projek besar di Kelantan alamak puok-puok demo pakat nganga mulut saja la. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive