Sunday 10 February 2013

PAS AKUI UMNO /BN SEMAKIN KUAT !!!


Majlis Syura Ulama Pas sedar parti itu tidak dapat menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika ia bergerak sendiri sebagai satu parti.

Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, sebelum memutuskan untuk bersama PKR dan DAP, Pas telah membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama yang memberi fokus kepada dua aspek iaitu politik dan dakwah Islamiah.

Menurutnya, hasil perbincangan tersebut, satu keputusan telah diambil iaitu untuk menggunakan pendekatan tahaluf siyasi (kerjasama) dengan parti politik lain sebagai langkah membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

“Kita lawan (sebagai) satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN. Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh gugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat bertukar pada PRU13
ini.

“Itu fokus Majlis Syura Ulama daripada sudut politik dan kami buat perbincangan dari A hingga Z. Daripada perbincangan, tercetusnya hukum sama ada boleh atau tidak, wajib atau tidak berasaskan kajian yang kita buat,” katanya.

Katanya, Pas menyedari perkara itu memandangkan BN mempunyai banyak parti komponen dan agak sukar untuk Pas menentang kekuatan itu secara bersendirian

“Jika Pas tidak bergabung dengan parti lain dalam masyarakat majmuk, kemudian mahu lawan BN yang ada parti politik pelbagai, kita tidak akan mampu tumbangkan mereka.

PT
Dulu kata bergabung dengan kafir tak boleh, sekarang boleh pulak. Lepas tu kalau menang macam mana nak buat negara Islam sedangkan si Karpal Sinki tu kata kena langkah mayat dia dulu. Di Kelantan pun nampak kedai arak dah bercambah-cambah, MPKB  siap bagi lesen lagi. 
Kerana KUASA sanggup kerjasama dengan Munafik dan Kafir Harbi untuk menumbangkan sesama umat Islam. Inikah tahaluf siasi yang diajar oleh Nabi yang Mulia terhadap umatnya???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive