Tuesday, 26 February 2013

Pemuda Pas Tuntut Bela Kepada Siapa Yang Kerat Abby !!!


Kain rentang Program Sepetang Bersama Abby Abadi yang digantung pada Jumaat lalu di simpang berhampiran Markaz Pemuda Pas Kuala Berang, didapati telah dipotong dua pada pagi kelmarin.


Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Kuala Berang Mohd Zainol Abidin Ahmad, ia seolah-olah sengaja ingin mencabar kesabaran para pemuda PAS.

Beliau berkata, perbuatan mengoyakkan kain rentang PAS, sebuah parti politik yang sah dan berdaftar, menunjukkan individu yang melakukannya tidak menghormati prinsip dan amalan demokrasi berparlimen.

“Kejadian yang boleh cetuskan provokasi ini bukan sahaja berlaku di sekitar Bandar Kuala Berang sahaja tetapi turut melibatkan cawangan-cawangan dalam Dun Kuala Berang termasuk di Kampung Tapu serta Kampung Butut. Malah, perbuatan ini bukannya perkara baru berlaku.

“Bagaimanapun, akhir-akhir ini kejadian kain rentang dipotong dua ini semakin menjadi-jadi. Kami bimbang ia akan menegangkan keadaan menjelang Pilihanraya Umum(PRU) ke-13 yang kini semakin hampir hingga cetuskan tindakan luar kawalan.

“Sekitar jam 2 pagi, sewaktu melalui Jalan Besar Kuala Berang untuk pulang ke rumah didapati kain rentang tersebut masih elok. Namun, lebih kurang jam 7.15 pagi, saya dapati kain rentang ini telahpun dipotong dua dipercayai menggunakan benda tajam.

“Malah, lebih kurang jam 3 pagi malam tersebut saya turut terima maklumat melalui sistem pesanan ringkas yang memaklumkan tiga kain rentang di Kampung Butut berkaitan slogan-slogan parti telah rosak.

“Manakala jam 7.30 pagi pula, Pemuda Pas Cawangan Kampung Tapu juga memaklumkan kain rentang digantung di kampung berkenaan termasuk berhampiran Pasti telah dirosakkan. Saya tidak menolak kemungkinan, ia dilakukan oleh individu sama di semua lokasi terlibat ini,” ujarnya. - sumber

PT
Semua pakat nak tunjuk kononnya mereka pada Abby. Abby pula tengah bersedih mengenangankan bekas kekasih hatinya tengah bercinta dengan seoarng penerbit filem terkenal tanahair.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive