Saturday, 23 February 2013

Tok Guru ! Lim Guang Eng Bagi RM100 Pada Binatang Ke ??


Kata kes main cakap dan rembat tanpa tengok kiri kanan ikut suka hati dia.

Sepatutnya sebelum lepas cakap,Datuk Nik Aziz Nik Mat buat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang.

Di negeri Lim Guan Eng itu pasti beliau akan dapat lihat di beberapa jalan utama di terpampang billboard besar program kerajaan negeri bagi duit RM100 setahun kepada warga emas.

Itu baru Pulau Pinang.Selepas itu elok pergi jumpa Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

Jangan lupa manifesto pakatan pembangkang di Selangor sebelum pilihanraya umum Mac 2008 janji nak bagi elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma dan sebagainya.

Apa yang riuh di Selangor kebelakangan ini cuma janji-janji itu tidak ditunaikan.


Dalam bab ini Tok Guru kena bagi kuliah pada Khalid apakah hukum hakam Islam keatas mereka yang tidak tunai janji.

Jumaat - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas 'fatwa' Nik Aziz yang cetuskan kemarahan ramai menyamakan penerima bantuan BR1M seperti haiwan.

Rabu Menteri Besar Kelantan itu kata di Kota Bharu usaha kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Najib berkata "apa beza dengan janji dia di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji...janji itu pula tidak ditunaikan," .

Perdana Menteri kata demikian kepada wartawan selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching.

Bagi beliau kenyataan Musyridul Am PAS itu menghina rakyat dan amat keterlaluan.


Baca di [SINI]  Seterusnya.

1 comment:

  1. agaknya kalau terima duit dari BN, baru penerimanya jadi binatang kot ! hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive