Tuesday 26 February 2013

[VIDEO] Keji !!! Fitnah Sumpah Akujanji BR1M !!!

Sanggup pak lebai Pas bersengkokol dengan muslimat Pas mencipta satu fitnah yang paling bodoh !! Lihat video di bawah sampai habis...

Pakatan Rakyat yang sememangnya kita sedar bahawa sedang ketandusan isu politik untuk menumbangkan kerajaan BN didalam PRU-13 akan datang secara jelas kini telahpun memulakan gerakan FITNAH BESAR-BESARAN terhadap kerajaan BN.

Sepanjang perlaksanaan janji ditepati oleh Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia,pemberian BR1M belum pernah lagi diagihkan pada waktu malam. Itu adalah yang FITNAH YANG PALING KETARA sekali yang dilakukan oleh PAS.

Pemberian BR1M ini juga bukan lah untuk kali yang pertama diberikan oleh Kerajaan BN kepada rakyat. Bukan juga Kelantan dipilih diantara penerima BR1M malah seluruh rakyat Malaysia tidak kira siapa pun, apa pun agama , apa pun fahaman politik mereka,tetap akan merasai pemberian ikhlas dari kerajaan Barisan Nasional.

Busuk sungguh hati orang-orang PAS yang kononya berlagak ALIM !!!! BERLAGAK SEPERTI TIADA DOSA !!!! BERLAGAK MACAM MALAIKAT !!!!! tetapi lihat lah sendiri bagaimana FITNAH yang mereka lakukan.

Dalam rakaman yang dipercayai waktu malam di sebuah dewan itu, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan menghadap sekumpulan yang lain.

Kedengaran pula seorang wanita mengepalai bacaan akujanji dan yang bersumpah dengan nama Allah akan mengundi Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan diikuti oleh orang ramai.

Selain itu, mereka juga melafazkan kesediaan menerima balasan Allah jika tidak menunaikan janji mengundi Umno BN pada PRU13 ini.

Kedengaran juga beberapa kali bacaan lafaz janji itu ditegur oleh seorang lelaki akibat salah menyebut perkataan.

Lafaz akujanji tersebut antara lain berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, wataalahi, dengan nama Allah kami bersumpah dan mengaku dalam keadaan yang waras akan mengundi Umno atau Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 13 ini.

Dan kami bersumpah dan mengaku akan menyokong Umno atau Barisan Nasional demi untuk kepentingan agama Islam bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Sekiranya kami melanggari janji-janji kami, kami dengan rela hati menerima pembalasan dari Allh swt."  - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive