Saturday 23 February 2013

Isu Tanah - Penduduk Mohon Sultan Kelantan Campurtangan ! #TukarKelantan


TUMPAT – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dirayu campurtangan berhubung isu pemilikan 400 hektar tanah pertanian milik penduduk di Pasir Pekan Hilir yang didakwa telah berpindah milik kepada tiga syarikat bukan Melayu.Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)) Azmi Ali berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas didesak bertanggungjawab terhadap isu tersebut.


Beliau berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah tanah rizab Melayu yang diusahakan turun temurun sejak 30 tahun lalu.

“MTRK merayu campur tangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengenai isu tanah di sini.

“Tanah terbabit diusahakan 500 petani yang merupakan penduduk Pasir Pekan Hilir sejak turun temurun. Kini ia telah berpindah milik kepada syarikat bukan Melayu.

“Ia berpindah milik sejak dua tahun lalu dengan alasan untuk tebus guna tanah itu tetapi sehingga ke hari ini rakyat tidak tahu apa yang akan dibangunkan di atas tanah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Himpunan Selamatkan Tanah Kelantan di pinggir Sungai Kelantan dekat Kampung Pasir Pekan Hilir, di sini hari ini.

Lebih 200 penduduk turut serta pada perhimpunan itu dengan membawa sepanduk mengencam tindakan kerajaan Pas Kelantan berhubung isu tanah.

Beliau berkata, walaupun pampasan diberikan kepada penduduk yang mengusahakan tanah itu namun ia tidak setimpal apabila dibayar secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohamad Ismail, 62, berkata, dia kesal apabila tanah di sini yang diusahakan turun temurun sudah berpindah milik kepada syarikat bukan Melayu.

“Sepatutnya Kerajaan Negeri pentingkan hak rakyat tetapi apa yang berlaku di sini adalah sebaliknya apabila tanah rakyat diambil dan dijual kepada syarikat bukan Melayu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive