Monday, 18 February 2013

TERKINI !!! PENCEROBOHAN WARGA FILIPINA DI LAHAD DATU

Berita terkini pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Tidak dinafikan lagi bahawa kedatangan kumpulan itu telah membuat penduduk cemas dan segala aktiviti harian dihadkan. Kumpulan itu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Mereka juga kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan Sabah secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai lahad datu menggunakan bot dan bersenjata. Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada ketika ini rundingan sedang berjalan dan diharap penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan polis akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. Selain itu, pihak polis yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.

16 Februari 2013
Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.


17 februari 2013 
Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar. Polis Sabah enggan memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.

Setakat ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan dialog berterusan.

6 comments:

  1. Siapa lah Mr X ni.....

    ReplyDelete
  2. ikut je ape yang diaorang mahu supaya lain kali boleh lagi puak lain mencabar kedaulatan negara ini.,kan itu yang kerajaan kita mahu..bumi sabah bagi semua pendatang yang tinggal supaya boleh menang pru13 ni,.. sebab mau menang pru je semua sanggup gadaikan termasuk kedaulatan negara

    ReplyDelete
  3. pencerobohan x der kena kena mengena dgn PRU13..fikir guna otak yg positif..jgn menambahkn keadaan menjadi lebih tegang.anda tdk berada di tpt inseden...harap maklum kepada Emily Markus

    ReplyDelete
  4. sejak RCI dilancarkan banyak PTI berada dlm keresahan skrng ni terutama yg pakai I/C projek..durang ni dah lama tinggal kat Sabah.. ada rumah, kereta & harta.. rasa2 nya durang takkan mengalah begitu saja..pencerobohan tu juga salah satu faktor kerana takutkan RCI.. takut dihalau pulang ke negara asal mereka & jadi miskin balik.. bukan setakat org Philipine saja malah PTI dari Indonesia, Pakistan & China juga mengalami situasi yg sama..Misi utk membasmi PTI dari bumi Sabah bukan satu perkara yg mudah & singkat utk dilaksanakan.. banyak ketegangan & tuntutan yg bakal dihadapi oleh Kerajaan Malaysia..sebenarnya kes PTI ni sudah lama berakar-umbi di Sabah..Pintu keluar masuk ke Sabah memang dijaga dgn rapi tapi ada org yg buka pintu bagi diaorang (PTI) ni masuk.. Apa2 hal pun harap2 Kerajaan Malaysai dapat menangani situasi dgn cara yg aman & berkesan.. sama2 kita tunggu & lihat..

    ReplyDelete
  5. kg tanduo n yg sewaktu dgn nya telah " bersih " ? AWAS semua mana- mana pengganas sulu menyamar org kg....... anggota kslamatn Msia perlu terus siasat n pantau gerakan sulit pengganas .....x kan begitu mudah pengganas nk mengalah .....? HATI-HATI N AWAS LAH SELALU ANGGOTA KSLMATN MSIA......

    ReplyDelete
  6. rasa pelik ......konflik n perang di selatan filipina sudah reda...tp nape depa mai buat konflik kt sabah pula ......? ada udang sebalik nasi ni ?????

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive