Monday 18 February 2013

Pas Akan Keluar Pakatan Jika Merugikan Islam ???


Ada apa-apa ke... dalam ucapan yang mengejutkan ramai, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam.

Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus, petang semalam.

“PAS beri jaminan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama tersebut merugikan Islam, PAS akan keluar dari pakatan rakyat! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya dalam ucapan hampir sejam itu.
Kampung Banggol Peradong adalah lokasi dimana beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya di kenali sebagai 'Amanat Haji Hadi' pada tahun 1981.

Bagaimanapun Hadi tidak pulak mengulas mengenai isu Kalimah Allah yang disifatkan berbagai pihak merugikan umat Islam di negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama politik atau diistilahkan Pas sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP masih lagi memperkasa Melayu dan Islam. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive