Fasa pertama untuk semenanjung Malaysia bagi Jelajah Anak Malaysia telah pun bermula sejak 1 Februari dan akan berakhir pada 16 Februari. Kini, team Jelajah Anak Malaysia tiba di Kelantan. Mereka bermalam di Tanah Merah sebelum memulakan aktiviti pada 6 Februari 2013. 4 kumpulan dibahagikan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di Jeli, Ketereh, Tanah Merah dan Machang.
Berikut adalah objektif-objektif Jelajah Anak Malaysia :
• Mendekati dan mendampingi secara langsung di lapangan dalam usaha memastikan gerakan anak muda yang bertanggungjawab dapat merasai denyut nadi dan berkongsi pengalaman kehidupan rakyat di bandar, pinggir bandar, kampung dan pendalaman;
• Mendapatkan maklumbalas terkini berkaitan permasalah dan cadangan rakyat agar semua pihak terlibat dalam proses pembangunan masa hadapan negara yang akan memenuhi citarasa, kehendak serta keperluan semasa dan relevan;
• Menjadikan mahasiswa dan NGO berperanan sebagai agen perhubungan di antara kerajaan dan rakyat agar sistem penyampaian yang sedang dan akan digerakkan lebih mudah difahami di semua lapisan demografi; dan
• Memperkasakan jaringan generasi muda dikalangan mahasiswa, belia dan NGO agar ikatan suara dan pemikiran mereka terarah kepada satu matlamat untuk kepentingan rakyat dan negara.
Berikut adalah gambar-gambar di sekitar lokasi-lokasi program Jelajah Anak Malaysia di Kelantan.
No comments:
Post a Comment