Saturday, 16 February 2013

[FOTO] DENDAM PUNCA LELAKI MAUT DITEMBAK DAN DITETAK DIBACHOK !!!


BACHOK 15 Feb. - Seorang lelaki berusia 50-an mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa maut setelah terkena beberapa das tembakan dan ditetak di badannya oleh dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak tujuh meter sebelum ditetak ketika cuba menyelamatkan diri.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan akibat tembakan dan tetakan itu," beliau memberitahu pemberita di tempat kejadian. Bagaimanapun polis tidak memberi maklumat lanjut mengenai identiti mangsa.

"Kita percaya dendam adalah motif utama kejadian dan kami kini menjalankan "Ops Tutup" bagi mengesan suspek," katanya sambil menambah kedua-duanya telah dikenal pasti, dan mereka disyaki terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah dan dadah di daerah ini.

Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata beliau dan suaminya kerap keluar untuk bersarapan pagi bersama.

"Kami keluar membeli nasi berlauk di Beris Kubur Besar sebelum makan di warung seorang sepupu di sini.

"Ketika bersarapan, saya nampak suspek memberhentikan motosikal di depan warung dan melepaskan tembakan. Arwah kemudian melompat bersembunyi di bawah meja.

"Bagaimanapun, suspek masuk ke dalam warung dan melepaskan beberapa lagi tembakan sebelum seorang lagi suspek datang menetak arwah dengan pedang," kata wanita itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

PT
Kejam dan ganas. Itulah yang boleh digambarkan kepada kejadian yang berlaku pada pukol 9.00 tadi. PT dapat berita dari sahabat FB mengatakan seorang lelaki di tembak berhampiran masjid di Kg Kemasin Bachok. Mulanya PT ingin ketempat kejadian tetapi di sebabkan hal lain maka dibatalkan. Mengikut beberapa orang kawan mungkin dendam lama yang menjadi punca kejadian itu.  

Entahlah apa nak jadi kepada negeri Kelantan ni semakin hari semakin banyak kejadian tembak dan bunuh tak ubah seperti negara jiran Thailand gamaknya. Sepatutnya bila Kelantan diperintah oleh para ulamak maka kuranglah jenayah dan maksiat tetapi lain pulak jadinya. Jenayah, bunuh, rompak berleluasa, atau mungkin MB Kelantan tersilap ketika mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk rakyat jadi terbalik.......

2 comments:

  1. Klu hudud dibenarkan di Kelantan mungkin jenayah boleh dikurangkan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive